Monday, September 20, 2010

Program Transformasi Ekonomi

12 bidang ekonomi utama jentera pertumbuhan
Oleh Azran Jaffar dan Mona Ahmad - Utusan online (21.9.2010)

SEBAGAI usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, kerajaan melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan mengangkat pendapatan negara kasar (GNI) per kapita daripada kira-kira AS$6,700 (kira-kira RM23,700) pada tahun 2009 kepada lebih AS$15,000 (kira-kira RM48,000) pada 2020.

Melalui pertumbuhan GNI sebanyak enam peratus setahun itu membolehkan negara mencapai sasaran Wawasan 2020. ETP dibangunkan melalui pendekatan baru dengan memberikan fokus kepada jentera pertumbuhan iaitu 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu minyak, gas dan tenaga; minyak sawit; perkhidmatan kewangan; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektronik dan elektrikal; borong dan runcit; pendidikan; kesihatan; kandungan komunikasi dan prasarana; pertanian serta Greater Kuala Lumpur.
Kejayaan pelaksanaan ETP akan menyaksikan ekonomi negara melalui perubahan signifikan menyamai negara membangun lain dan untuk itu kerajaan akan terus menghala ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan dengan pertumbuhan sektor perkhidmatan daripada 58 peratus kepada 65 peratus bagi tempoh itu.

Lebih 3.3 juta peluang pekerjaan baru pula akan dihasilkan menjelang 2020 meliputi kawasan bandar dan luar bandar yang mana menyaksikan peralihan kepada golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala, berkata apa yang penting, pertumbuhan akan dapat dicapai secara mapan tanpa generasi akan datang menanggung kosnya yang dilakukan melalui inisiatif seperti pembangunan tenaga alternatif dan memelihara alam sekitar bagi mempromosikan eko-pelancongan.
NKEA berkenaan akan memberikan sumbangan ketara terhadap prestasi ekonomi negara dan akan mendapat keutamaan pelaburan awam dan sokongan polisi.

ETP akan diterajui sektor swasta dengan kerajaan berfungsi sebagai fasilitator. Kebanyakan dana pembiayaan datang dari sektor swasta (92 peratus) dengan pelaburan sektor awam digunakan sebagai pemangkin bagi mencetuskan pembabitan sektor swasta.

Keberkesanan mana-mana program transformasi bergantung kepada perinciannya dan ETP adalah lain dari kebiasaan kerana ia memfokus kepada tindakan, kata Idris yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Untuk itu sebanyak 131 projek penggerak ekonomi (EPP) dikenal pasti yang menggariskan tindakan bagi membangunkan ekonomi. EPP dan peluang perniagaan dikenal pasti di bawah setiap NKEA dijuruskan kepada berapa banyak ia menyumbang kepada GNI yang dipilih berasaskan ekonomi berkesan dan analisa kewangan.

Setiap perbelanjaan awam diperuntukkan berasaskan memaksimumkan GNI dan ETP direkabentuk untuk menjadi berkesan dan telus dengan unit baru ETP di bawah PEMANDU ditugas memantau dan melaporkan perkembangannya kepada pemimpin negara, komuniti perniagaan dan rakyat.

Malaysia berada pada titik kritikal dalam perkembangan ekonomi kerana berlaku kehilangan momentum pertumbuhan pada dekad lalu dan pertumbuhan tidak boleh dipandang ringan sebaliknya ia mesti dicapai.

Prestasi ekonomi yang agak lembap beberapa tahun lalu menunjukkan jentera pertumbuhan ekonomi negara agak perlahan dan ini disebabkan oleh antaranya pertumbuhan produktiviti buruh yang perlahan yang boleh dibaiki melalui peningkatan ketara dalam pelaburan perniagaan dan memperkukuhkan pelaburan dalam sumber manusia.

Negara juga tidak dapat berterusan menjadi kompetitif seperti negara berpendapatan rendah lain kerana pada masa sama ia tidak meningkatkan nilainya dan setanding dengan negara berpendapatan tinggi yang menjadikan kedudukannya tidak dapat bertahan.

Malaysia mencatatkan defisit setiap tahun sejak 1998 dengan sebanyak 7 peratus daripada KDNK pada 2009 dan dengan komitmen kerajaan untuk defisit sebanyak tiga peratus pada 2015, perubahan dalam arah tuju diperlukan.

Kewujudan syarikat serantau dan global baru yang lebih kompetitif menghakis kekukuhan kedudukan syarikat Malaysia dalam sektor pembuatan serta perkhidmatan dan pelaburan asing langsung yang rendah diberikan Malaysia sebelum ini adalah petunjuk kepada keadaan ini.

ETP adalah agenda ekonomi kerajaan yang berupa maklum balas kepada cabaran-cabaran ini selain saling melengkapi program sedia ada.

1 comment:

  1. Salam,

    Dalam Program Transformasi Ekonomi (PTE) ciptaan Najib tidak ada apa-apapun untuk kita orang-orang Melayu ini, semuanya itu adalah dirancang untuk Cina kerana hendakkan undi Cina. Ketahuilah bahawa Tunku, Madey, Dollah dan Najib kesemuanya adalah agen Yahudi dan seluruh dasar kerajaan di bawah mereka ini adalah ciptaan Yahudi dan di bawah arahan Yahudi yang kesemuanya adalah untuk orang-orang kafir Cina sahaja dan tidak ada sedikitpun untuk kita orang-orang Melayu. Yahudi telah membawa masuk orang-orang kafir Cina ke dalam British Malaya dahulu dengan sengaja dan terancang semata-mata untuk melarutkan orang-orang Melayu dan untuk merosakkan kedudukan politik, ekonomi dan sosial orang-orang Melayu dan dalam fasa yang keduanya nanti orang-orang kafir akan bertindak sebagai agen-agen mereka untuk mengkafirkan orang-orang Melayu.

    Tun Razak dibunuh oleh Yahudi kerana beliau membawa perubahan-perubahan yang besar dalam pentadbiran negara untuk membela nasib orang-orang Melayu dengan dasar-dasar kerajaan yang sedar dan terancang dan dengan mewujudkan jentera pelaksanaan yang efektif ke arah mencapai matlamat DEB. Dasar-dasar Razak adalah yang sama sekali berkontradiksi dgn kehendak Yahudi dan tidak lama kemudian beliau dibunuh oleh Yahudi. Najib memang anak Razak tetapi dasar-dasar beliau dan sikap beliau (Najib) tidak ada kena mengena dengan Razak sedikitpun.

    Melayu dibodohkan oleh Madey dan Najib, namun Najib mesti ingat bahawa kita boleh dibodohkan banyak kali tetapi harap-harap tidak selama-lamanya. Lambat laun Melayu akan bangkit untuk memberontak, mula-mula dengan meninggalkan UMNO dan menyokong Pakatan Rakyat, kemudian Melayu terus tertipu dan kecundang lagi di bawah PR yang sedikitpun tidak ada agenda untuk Melayu ini. Orang-orang Melayu yang amat parah dan kecewa ini akhirnya tiada pilihan yang lain melainkan untuk bangkit memberontak terhadap kerajaan kafir BN atau PR kita ini dengan Jihad, Perang dan Revolusi untuk mendaulatkan pemerintahan Islam yang akan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Islam dan dasar-dasar Islam untuk umat Islam.

    Islam sahaja yang boleh menyelamatkan orang-orang Melayu baik di dunia mahupun di Akhirat. UMNO dan PAS adalah parti-parti politik yang kafir kerana mereka mengamalkan sistem politik demokrasi yang kafir serta mereka menghalalkan amalannya. UMNO dan PAS adalah ciptaan Yahudi untuk merosakkan umat Islam sahaja. Bangkitlah wahai bangsaku dan berontaklah terhadap UMNO dan PAS, serta terhadap kerajaan kita ini kerana kesemuanya ini adalah ciptaan Yahudi dan untuk Yahudi. Bangkitlah untuk Islam dan bangsa kita. Ini jalan Allah dan tiada yang selain daripada-Nya melainkan jalan Allah dan pertolongan Allah sahaja yang akan menyelamatkan Aqidah kita daripada bahaya Yahudi dan daripada ditelan oleh orang-orang kafir.

    Sekian, Terima Kasih.

    Wan Solehah al-Halbani

    ReplyDelete