Monday, August 31, 2009

Lagu Raya

Rumah Sewa

Friday, August 21, 2009

KOLEKSI SMS RAMADHAN

1.Marhaban Ya Ramadhan, Namamu Diingati, Kedatanganmu Dinanti, Fadhilatmu Dicari, Ganjaranmu Dihajati, Ibadahmu diberkati. Selamat Berpuasa. Salam ramadhan dari ...........................

2. Gemersik Takbir Mengundang Hiba, Salam Diutus Tanda Ingatan, Ramadhan Dinanti Menjelma Tiba, Banyakkan Amalan Pohon Kberkatan. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

3. Pesan Imam Al-Ghazali....Yang Dekat Itu Mati, Yang Jauh Itu Masa, Yang Besar Itu Nafsu, Yang Berat itu Amanah, Yang Indah Itu Solat, Yang Mencuci Rohani & Jasmani Itu Puasa. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh Ketakwaan. Semoga Ramadhan Kali Ini Bermakna.

4. Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat Islam, Saudara Mara, Sahabat Handal. Dalam Melayari Kehidupan Jangan Lupa Gunakan Peluang Ini Untuk melakukan Ibadah Mengejar Redha Allah

5. Andai Harta Adalah Racun Maka Zakatlah Penawarnya, Jika Seluruh Umur Adalah Dosa Maka Taqwa Dan Taubatlah Ubatnya, Jika Seluruh Bulan Adalah Noda, Maka Ramadhanlah Pemutihnya, Marhaban Ya Ramadhan, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Berpuasa Warga ILP Labuan

Merenung Jauh Perantau Hiba
Terkenang Jauhnya Kampung Halaman
Bulan Ramadhan Menjelang Tiba
Kuatkan Iman Banyakkan Amalan

Thursday, August 13, 2009

Penjualan kain tudung dan lampin bayi


Assalamualaikum warahmatuLLAH dan salam hormat,

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kain tudung dalam pelbagai warna dan corak lagi selain sampel diatas sempena pelbagai tujuan (perayaan, tempat kerja, pergi pasar dan seumpamanya) bolehlah diperolehi dari saya.

Selain itu, bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang memerlukan lampin pakai buang juga dialu-alukan untuk membeli barangan tersebut dari saya.

Keterangan lanjut serta harga bagi barangan yang dinyatakan boleh dirunding terus kepada saya.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON

Dimaklumkan pada 17 Ogos 2009 (Isnin)akan diadakan perlawanan persahabatan badminton dengan MAB staff. Butirannya adalah seperti yang berikut:-

Masa : 7.30 mlm

Tempat : Dewan ILP Labuan

Kategori : Lelaki sahaja

Dijemput staf-staf yang berminat untuk hadir membelasah atau pun dibelasah oleh MAB.

Wednesday, August 5, 2009

PERUTUSAN PENGERUSI KKS 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua Ahli KKS,


Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli KKS sehingga terbinanya Blog KKS ILP Labuan. Sesungguhnya melaluinya blog ini , saya yakin dan percaya KKS kita mungkin boleh mengorak langkah lebih maju ke hadapan. Melalui ruangan ini juga mungkin ada sesetengah daripada ahli KKS boleh menyampaikan maklumat, cadangan, komen atau perkara yang boleh memberi faedah kepada kita semua.

Blog ini adalah julung kali diadakan dan mungkin dari masa ke semasa dengan adanya sokongan dan sumbangan idea dari ahli semua, segala aktiviti yang dilakukan boleh dimuatkan di sini supaya boleh dilayari oleh semua ahli KKS. Sebenarnya banyak aktiviti-aktiviti sukan, kebajikan dan jamuan perpisahan yang dijalankan boleh dimuatkan di sini untuk dikongsi semua warga ILP Labuan khususnya dan seluruh JTM amnya.

Akhirnya saya menyeru kepada semua warga ILP Labuan agar memberi sumbangan idea dan buah fikiran supaya KKS kita boleh lebih maju dan memberi munafaat kepada semua warga ILP Labuan. Sesungguhnya usaha murni, sokongan, dorongan dan kesepakatan boleh mewujudkan sesuatu organisasi yang mantap dan berdaya maju.

Sekian, terima kasih.

Che Jaffar Bin Mohamad,
Pengerusi,
Kelab Kebajikan & Sukan,
Institut Latihan Perindustrian Labuan 2009

Tuesday, August 4, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON

Dimaklumkan esok 5 Ogos 2009 akan diadakan perlawanan persahabatan badminton dengan MAB. Butirannya adalah seperti yang berikut:-

Masa : 8.00 mlm

Tempat : Dewan ILP Labuan

Kategori : Lelaki sahaja

Dijemput staf-staf yang berminat untuk hadir membelasah atau pun dibelasah oleh MAB.

Monday, August 3, 2009

Sekadar Untuk Dikongsi Bersama

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata siibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Masa berlalu anak laki-laki kecil itu kini telahpun menjadi seorang lelaki dewasa, tapi keinginan tahunya mengapa wanita menangis masih menghantui dirinya. Akhirnya ia memohon kepada Tuhan, dan bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima tentangan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan keletihan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyikat rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya ?tempat dimana cinta itu ada."

PROTON SATRIA UNTUK DIJUAL


PROTON SATRIA 1.6
TAHUN 1996

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI
TUAN PUNYA KERETA :

AWG KHAIRUL FAIZA
013 - 5447155

HARGA BOLEH RUNDING...

Makan Untuk Kurus

PRO-Balance adalah makanan tambahan untuk kesihatan kita. Ia tidak mendatangkan kesan cirit birit. Pro-Balance melancarkan proses pembuangan air besar. katakan tidak kepada sembelit atau cirit birit dengan minum Pro-Balance.

Terdapat 2 set serbuk yang perlu dicampur kedalam air dan terus diminum. Yang warna hijau muda tu untuk minum waktu pagi. Paket yang warna hijau pekat tu untuk minum waktu malam.


Gambar air warna hijau dalam gelas di bawah ini adalah untuk minum waktu pagi. Rasanya sedap. Dijamin boleh telan.


Kalau nak kesan yang cepat untuk kurus, minum 4 kali sehari: pagi, tengahari petang dan malam.

Harga: RM190/kotak untuk 10 hari
RM570/3kotak untuk 30 hari

Penghantaran: Percuma (RM30)


layari blog saya atau hubungi Puan Hairin 063030583 untuk keterangan lanjut.