Tuesday, August 24, 2010

Berbelanja Secara Berhemah di musim perayaan

Hemah berbelanja elak dibelenggu hutang selepas Aidilfitri

AIDILFITRI bakal tiba dan seperti biasa ia umpama penggera yang mendorong naluri sesiapa saja berbelanja di luar kebiasaan. Ia seakan senario yang melonjakkan rasa untuk tampil bergaya serba baru dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Bukan perkara luar biasa apabila berbicara mengenai perbelanjaan melebihi kemampuan setiap kali tiba Aidilfitri.

Hasil kajian Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapati purata perbelanjaan satu keluarga ketika membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri ialah RM3,200, jauh lebih tinggi berbanding hanya RM2,000 pada bulan lain.

Kebanyakan responden ditemui selepas musim perayaan tahun lalu, membelanjakan sehingga RM17,500 iaitu RM5,000 lebih tinggi daripada perbelanjaan bulan sebelumnya. Ia sekali gus memberi gambaran betapa rakusnya kita berbelanja ketika perayaan.

Untuk apa semua wang itu dibelanjakan? Adakah kerana memang ia menjadi satu keperluan yang tidak boleh dielak dan kenapa ia menjadi sebegitu hanya ketika Aidilfitri? Jawapannya, pastilah kerana ia kehendak dan sikap manusia itu sendiri yang lumrahnya suka menunjuk-nunjuk.

Melihat kepada graf perubahan kaedah berbelanja musim perayaan dan bulan lain, jelas menunjukkan perbezaan. Perbelanjaan dapur dan pakaian melonjak secara drastik menjelang Aidilfitri iaitu 30 hingga 75 peratus. Pembelian perabot turut melonjak 81 peratus. Pembelian hadiah pula melonjak 92 peratus.

Bukan semuanya melonjak kerana graf sama juga menunjukkan penurunan membabitkan tiga perkara simpanan, perbelanjaan pendidikan dan insurans. Ia menunjukkan orang kita lebih mementingkan hari raya disambut meriah. Memang pelik di mana mereka mendapat wang tambahan untuk lebih berbelanja ketika raya. Hasil kajian itu menunjukkan 93 peratus responden menggunakan wang gaji dengan 55 peratus membelanjakan wang bonus. Tidak kurang 41 peratus lagi sanggup mengeluarkan wang simpanan.

Malah ada yang menggunakan kad kredit dengan rakus iaitu 20 peratus mengaku menggunakan kad kredit bagi menampung perbelanjaan hari raya. Lima peratus pula meminjam dari koperasi selain menggadai barang berharga.

Penyelaras program kajian itu, Prof Madya Dr Mumtazah Othman, berkata lebih 90 peratus responden membuat persiapan kewangan khas bagi perayaan yang selalunya mula disimpan sejak tiga bulan sebelum musim tiba. Dari aspek fizikal seperti mengecat rumah, menukar sofa dan sebagainya, persiapan selalunya dibuat lebih awal.

Kita perlu melihat, tidak semua perbelanjaan ketika hari raya menjurus kepada pembelian barangan atau pakaian semata-mata. Paling ramai mengakui apa yang paling penting ketika perayaan ialah balik kampung, menziarahi sanak saudara, membeli kuih-muih dan menyediakan duit raya, katanya.

Beliau melihat senario berbelanja melebihi had dan kemampuan sebagai yang sudah menjadi rutin masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun dan ia tidak pernah berubah meskipun dihimpit masalah ekonomi dan kenaikan harga barang. Justeru, melihat kepada data dikumpul jabatannya, beliau yakin coraknya tetap sama tahun ini.

Jika diteliti semua data tadi, jelas sekali corak perbelanjaan orang kita ketika hari raya pastinya boleh membawa kesan negatif selepas perayaan. Sebagai contoh, jika perbelanjaan pendidikan dan simpanan diabaikan, sudah tentu akan ada keluarga berdepan masalah jika secara tiba-tiba dibebani satu kecemasan secara tiba-tiba.

Namun, seperti biasa, biar nasihat demi nasihat diberi dan walaupun selalu orang berkata ukur baju di badan sendiri supaya tidak berbelanja melebihi hadnya, ia seakan mencurah air ke daun keladi.

Tuesday, October 20, 2009

MAJLIS JASAMU DIKENANG

MAJLIS JASAMU DIKENANG akan di adakan serentak dengan Perhimpunan bulanan untuk bulan Oktober seperti butiran berikut

Tarikh : 28 Oktober 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat: Dewan Kristal

Ahli yang diraikan adalah seperti berikut:

1. En. Jeffry Fredory
2. En. Jamludin Assat
3. Pn. Roshayati Mohamad
4. En. Shahril Talib
5. En. Ahmad Syawal Isa
6. En. Zulkifli Daud
7. Pn Arni Gunong Morison @ Murad
8. En. Sudirman Bin Suratin
9. En. Ismawi Ismail
10. Cik Monawarah Hj Kaluni

Semua ahli dijemput hadir ke majlis ini.

Sunday, October 18, 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDULFITRI 1430H

Jamuah telah diadakah dengan meriahnya pada 16 Oktober bermula jam 8.30 malam. Semua ahli KKS telah hadir bersama ahli keluarga mereka. pelbagai juadah disediakan, antaranya lemang, ketupat, rendang daging, satay dan banyak lagi. majlis dimulakan dengan doa, ucapan Pengerusi KKS dan ucapan Penaung KKS.

En. Che Jafar (Pegerusi KKS) sedang memberi ucapan.

Penaung KKS, En Zulkifle Omar sedang memberi ucapan.

Majlis diserikan lagi dengan pertandingan karaoke, pakaian glamor, pasangan glamor dan cabutan bertuah. Tahniah kepada semua pemenang.

Gambar lain boleh di download disini.

Thursday, October 15, 2009

BAKAR LEMANG

Program: Menyediakan lemang untuk majlis Jamuan Hari Raya 1430H
Tempat: Tempat Letak Kenderaan ILP Labuan
Tarikh : 16 Oktober 2009
Masa : 7.30 pagi
















Thursday, October 8, 2009

JAMUAN HARI RAYA

KKS menjemput semua ahli KKS serta keluarga ke jamuan Hari Raya Aidilfitri Kelab Kebajikan dan Sukan ILP Labuan.

Tarikh: 16 Oktober 2009, Jumaat
Masa : 8.00 malam
Tempat : ILP Labuan

Wednesday, September 9, 2009

Ingat semasa ada