Monday, August 31, 2009
Friday, August 21, 2009
KOLEKSI SMS RAMADHAN
1.Marhaban Ya Ramadhan, Namamu Diingati, Kedatanganmu Dinanti, Fadhilatmu Dicari, Ganjaranmu Dihajati, Ibadahmu diberkati. Selamat Berpuasa. Salam ramadhan dari ...........................
2. Gemersik Takbir Mengundang Hiba, Salam Diutus Tanda Ingatan, Ramadhan Dinanti Menjelma Tiba, Banyakkan Amalan Pohon Kberkatan. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
3. Pesan Imam Al-Ghazali....Yang Dekat Itu Mati, Yang Jauh Itu Masa, Yang Besar Itu Nafsu, Yang Berat itu Amanah, Yang Indah Itu Solat, Yang Mencuci Rohani & Jasmani Itu Puasa. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh Ketakwaan. Semoga Ramadhan Kali Ini Bermakna.
4. Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat Islam, Saudara Mara, Sahabat Handal. Dalam Melayari Kehidupan Jangan Lupa Gunakan Peluang Ini Untuk melakukan Ibadah Mengejar Redha Allah
5. Andai Harta Adalah Racun Maka Zakatlah Penawarnya, Jika Seluruh Umur Adalah Dosa Maka Taqwa Dan Taubatlah Ubatnya, Jika Seluruh Bulan Adalah Noda, Maka Ramadhanlah Pemutihnya, Marhaban Ya Ramadhan, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Wednesday, August 19, 2009
Selamat Berpuasa Warga ILP Labuan
Merenung Jauh Perantau Hiba
Terkenang Jauhnya Kampung Halaman
Bulan Ramadhan Menjelang Tiba
Kuatkan Iman Banyakkan Amalan
Terkenang Jauhnya Kampung Halaman
Bulan Ramadhan Menjelang Tiba
Kuatkan Iman Banyakkan Amalan
Thursday, August 13, 2009
Penjualan kain tudung dan lampin bayi
Assalamualaikum warahmatuLLAH dan salam hormat,
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kain tudung dalam pelbagai warna dan corak lagi selain sampel diatas sempena pelbagai tujuan (perayaan, tempat kerja, pergi pasar dan seumpamanya) bolehlah diperolehi dari saya.
Selain itu, bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang memerlukan lampin pakai buang juga dialu-alukan untuk membeli barangan tersebut dari saya.
Keterangan lanjut serta harga bagi barangan yang dinyatakan boleh dirunding terus kepada saya.
PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON
Dimaklumkan pada 17 Ogos 2009 (Isnin)akan diadakan perlawanan persahabatan badminton dengan MAB staff. Butirannya adalah seperti yang berikut:-
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Dewan ILP Labuan
Kategori : Lelaki sahaja
Dijemput staf-staf yang berminat untuk hadir membelasah atau pun dibelasah oleh MAB.

Wednesday, August 5, 2009
PERUTUSAN PENGERUSI KKS 2009
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua Ahli KKS,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli KKS sehingga terbinanya Blog KKS ILP Labuan. Sesungguhnya melaluinya blog ini , saya yakin dan percaya KKS kita mungkin boleh mengorak langkah lebih maju ke hadapan. Melalui ruangan ini juga mungkin ada sesetengah daripada ahli KKS boleh menyampaikan maklumat, cadangan, komen atau perkara yang boleh memberi faedah kepada kita semua.
Blog ini adalah julung kali diadakan dan mungkin dari masa ke semasa dengan adanya sokongan dan sumbangan idea dari ahli semua, segala aktiviti yang dilakukan boleh dimuatkan di sini supaya boleh dilayari oleh semua ahli KKS. Sebenarnya banyak aktiviti-aktiviti sukan, kebajikan dan jamuan perpisahan yang dijalankan boleh dimuatkan di sini untuk dikongsi semua warga ILP Labuan khususnya dan seluruh JTM amnya.
Akhirnya saya menyeru kepada semua warga ILP Labuan agar memberi sumbangan idea dan buah fikiran supaya KKS kita boleh lebih maju dan memberi munafaat kepada semua warga ILP Labuan. Sesungguhnya usaha murni, sokongan, dorongan dan kesepakatan boleh mewujudkan sesuatu organisasi yang mantap dan berdaya maju.
Sekian, terima kasih.
Che Jaffar Bin Mohamad,
Pengerusi,
Kelab Kebajikan & Sukan,
Institut Latihan Perindustrian Labuan 2009

Subscribe to:
Posts (Atom)