Oleh YULPISMAN ASLI- Utusan Online 10.9.12
KOTA BHARU 9 Sept. - Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan agensi
dan jabatan kerajaan tidak 'menyimpan' penjawat awam yang dikatakan
berdepan dengan masalah suka ponteng kerja. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, dianggarkan terdapat antara
15,000 hingga 18,000 kakitangan awam berdepan masalah tersebut dan
mereka sukar dikenakan tindakan berdasarkan peraturan sedia ada. Menurutnya, walaupun jumlah mereka kecil berbanding sejumlah lebih
1.2 juta penjawat awam, tindakan pekerja terbabit yang datang bekerja
dan punch card tetapi bersikap 'sekejap ada, sekejap tidak ada' boleh mendatangkan masalah kepada majikan.
Justeru, katanya, tindakan perlu diambil terhadap pekerja terbabit
bagi memastikan sektor awam yang kini dalam proses transformasi dan
penambahbaikan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan
kepada rakyat. "Kita tidak mahu buang mereka secara drastik kerana nanti teraniaya
pula sebab mereka sudah mempunyai keluarga dan ada hutang. Jadi, kalau
boleh dipanggil, hantar kursus motivasi. Kalau tidak boleh juga,
dicadang suruh dia bersara awal.
"Jika degil dan tidak mahu juga serta melakukan kesalahan yang sama
sampai jabatan pun susah, elok dia dikenakan tindakan tatatertib,''
katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pembantu
Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan sambutan
Aidilfitri di sini hari ini.
Menurut Omar, semua pihak mahu penjawat awam yang efisien kerana
hanya dengan itu kehadiran mereka dapat dirasai dan diperlukan
lebih-lebih lagi tempoh perkhidmatan telah dilanjutkan sehingga usia 60
tahun.
"CUEPACS juga tidak mahu dituduh bersubahat dengan orang seperti itu," katanya. Beliau berkata, sikap dan masalah kakitangan tersebut sebenarnya
boleh diatasi dengan menghantar mereka berkursus, namun apa yang berlaku
ialah pihak majikan kerap bersikap tidak ambil kisah terhadap pekerja
terbabit.
Sehubungan itu, katanya, dalam 'roadshow' CUEPACS, pihaknya telah meminta jabatan dan agensi kerajaan supaya jangan menyimpan penjawat awam seperti itu.
* Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan maklumat umum kakitangan dan pelajar ILP Labuan sahaja
Monday, September 10, 2012
Friday, September 7, 2012
Lalui hidup tenang dengan 'memerdekakan diri' daripada hutang-piutang
oleh DR. JESSICA ONG HAI LIAW - Utusan Online 6/9/2012
HUTANG adalah perkataan yang paling digeruni apabila kita tidak mampu membayarnya. Bila menerima gaji, waktu itulah yang paling ditunggu dan waktu itu juga duit akan keluar seperti air untuk melunaskan segala hutang pinjaman. Sehingga tidak sempat untuk dipegang lama gaji yang diterima, terus sahaja mengalir seperti aliran air sungai yang deras.
Hal ini membuatkan kita merasa hidup ini seperti menjadi hamba untuk membayar rumah dan kereta . Itu semua adalah senario yang dihadapi semua orang terutama yang bekerja makan gaji. Hutang rumah, kereta, pembiayaan peribadi dan setiap orang ada alasan masing-masing untuk berhutang. Apabila diminta untuk menjadi penjamin saudara mara atau kawan, maka kita akan cuba mengelak. Bukan sebab tidak mahu menolong tetapi menjadi penjamin akhirnya membuatkan kita secara tidak langsung akan terlibat dengan hutang. Malah penjamin selalu menjadi mangsa apabila saudara mara dan kawan yang dijamin tidak mampu membayar, dan dengan mudah boleh menghilangkan diri lalu membuatkan penjamin yang merana.
Sebanyak 25 peratus kes muflis disebabkan beban hutang melibatkan pinjaman kereta, pinjaman peribadi (13 peratus), pinjaman perumahan (12 peratus), pinjaman perniagaan (11 peratus) dan hutang kad kredit (5 peratus). Pengurusan hutang perlu dilakukan secara bijak dan jika kita ada kelemahan itu maka jangan gunakan kad kredit. Mengikut perkiraan awal, memang kita mampu membayar ansuran pinjaman tetapi apabila berlakunya perkara yang tidak dijangka seperti dibuang kerja, hubungan rumah tangga dan lain-lain, masalah akan mula timbul. Akhirnya ia menyebabkan hidup kita menjadi huru-hara, ada yang bercerai-berai, ada sehingga melibatkan Along diikuti dengan jenayah yang mengorbankan nyawa. Fikiran akan berserabut jika kita tidak dapat membayar hutang pada tarikh yang ditetapkan. Bank atau institusi pinjaman akan menelefon tidak henti-henti. Walaupun begitu ada juga bank yang mengambil pendekatan memahami dan memberi masa serta peluang untuk pelanggan membuat cara pembayaran yang efisien.
Perbelanjaan yang berlebihan dengan adanya shopping online yang sangat popular kini merupakan satu sindrom apabila kita dapat membeli belah di hujung jari sahaja. Barangan yang dihantar pula berkualiti maka itulah punca perasaan untuk membeli membuak-buak.
Itu juga punca masalah apabila kad kredit yang digunakan untuk membeli-belah akan menyebabkan kita lupa bajet bulanan. Jadi hilang ingatan sekejap apabila melihat tawaran-tawaran hebat yang boleh didapati dengan harga yang murah dari luar negara. Hutang kad kredit sangat berbahaya tetapi penggunaan kad debit atau charge card lebih selamat jika dibandingkan dengan kad kredit.
Wujudnya andaian bahawa sikap ketagihan menggunakan kad kredit dan berbelanja khususnya kaum wanita dikatakan dapat menghilangkan tekanan. Membeli-belah menjadi terapi untuk melegakan kekusutan dan memberi penghargaan kepada diri sendiri namun terlalu leka boros akan menimbulkan masalah lain pula.
Statistik Harvard Business Review (HBR) menunjukkan mungkin tidak tepat pada beberapa keadaan terutamanya apabila anda adalah seorang yang menggalakkan perbelanjaan bijak dan membuat belanjawan. Kuantiti dalam realiti kes ini, percaya atau tidak majoriti daripada orang (62%) berbelanja atau membeli sesuatu ialah untuk memulihkan mood. Semua keperluan sepatutnya dibeli secara tunai dan jika tidak mampu dia tidak akan membelinya. Katanya, apabila sudah bersara dia inginkan ketenangan dan tidak suka jika bank menelefon setiap bulan.Bercakap tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) pada 2009, seramai 78,000 peminjam disekat keluar negara kerana tidak membayar hutang PTPTN. Soalnya, bukan berapa banyak hutang kepada PTPTN tetapi soal prinsip dan moral; tentunya apabila kita meminjam maka hutang perlu dibayar.
Peraturan asas pengurusan kewangan nampak mudah tetapi hakikatnya sukar. Senang cerita, " besar periuk besarlah keraknya". Tidak kira berapa gaji kita, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan besar pada tabungan. Jadualkan perbelanjaan dan lunaskan hutang kad kredit, mencarum dalam pelan persaraan, menabung, melabur dan tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja dan kita semak liputan insurans.
Merdeka dari hutang membawa erti tersendiri untuk kita hidup dengan lebih tenang. Janji kita tepati dengan ukur baju di badan sendiri dan ingatkan diri sendiri dengan mengawal diri dan fikir apa yang perlu dan tidak perlu untuk kita dalam berbelanja.
Belanja mengikut kemampuan dan kita tidak perlu rasa rendah diri jika tiada kemampuan. Kita sebenarnya patut bangga kerana walaupun tidak mampu memiliki barangan mewah namun kita tidak berhutang. Bukankah itu lebih bermakna dan lena dibuai mimpi setiap malam? Berhutang ada banyak buruk daripada baiknya. Jika kita berhutang untuk membeli aset seperti rumah dan kereta sebagai jaminan untuk masa depan, itu ada baiknya. apa yang penting adalah menguruskan hutang dengan bijak dan mengawal segalanya dengan baik sebab kitalah penentunya. Beli mengikut kemampuan bukan dengan nafsu.
*Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran bagi Komuniti ILP Labuan.

Monday, August 13, 2012
Apabila pendidikan jadi komoditi perdagangan
Oleh Dzulkifli Abd Razak - Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary dan bekas Naib Canselor USM (2000-2011) - B. Harian Online - 14.8.2012
Kebelakangan ini kita sering terbaca bagaimana sukarnya untuk mengendalikan sesebuah universiti, khususnya yang bukan ditaja Kementerian Pengajian Tinggi. Soal utama sudah tentu bersangkutan dengan hal kewangan kerana secara lazimnya sesebuah universiti itu adalah satu pelaburan yang besar dan hanya mendatangkan ‘pulangan’ dalam masa yang agak lama.
Berbeza dengan perniagaan lain, umpamanya dari aspek pembuatan, pendidikan (walau ingin dianggap sebagai perniagaan) tidak dapat disamakan daripada kefahaman untung rugi bagi sesebuah perniagaan.
Bayangkan saja selain daripada pelaburan untuk membangunkan
hal-ehwal akademik, universiti terpaksa juga melabur mengenai
pembangunan hal-ehwal pelajar termasuk prasarana seperti tempat rehat
mereka, jika tidak asrama, tempat beriadah dan bersukan, mahupun segala
peralatan yang sesuai kerana ini semua termasuk dalam pengertian
pendidikan sebenarnya.
Sekiranya aspek penyelidikan diambil kira untuk sebuah universiti yang dianggap baik, ini akan menelan kos tambahan yang banyak. Hatta tanpa keupayaan menanggung pembiayaan secara berterusan kekangan kewangan sudah tentu menjadi penghalang besar bukan saja untuk mencemerlangkan sesebuah institusi itu tetapi baik setakat untuk bernafas lega sekali pun.
Oleh sebab itu jugalah di merata dunia kini, termasuk negara ekonomi kaya sekalipun, yuran pengajian anak tempatan ditingkatkan berlipat kali ganda. Contoh yang jelas ialah apa yang berlaku di Britain sejak kebelakangan ini apabila yuran dinaikkan hampir tiga kali ganda mencecah £9,000.
Bezanya di Malaysia adalah rata-rata yuran pengajian dikawal oleh kerajaan menerusi kementerian dan tidak boleh ditingkatkan sewenang-wenangnya. Di Malaysia, yuran pengajian secara umumnya tidak dapat dijadikan sumber utama pendapatan untuk tujuan menampung pembangunan universiti keseluruhannya.
Perkara ini menjadi lebih rumit lagi sekiranya diambil kira aspek autonomi yang memberi kebebasan kepada universiti untuk memimpin, mengurus dan mentadbir mengikut matlamat dan falsafah masing-masing.
Universiti swasta, misalnya boleh menentukan kadar yuran sendiri kerana daya pasaran mampu mendukungnya atau mengadakan pelbagai program berbentuk komersial bagi tujuan menampung pembiayaan universiti berkenaan. Itu belum lagi mengambil kira perubahan mendadak yang berlaku kepada pengajian tinggi di seluruh dunia, termasuk penggunaan teknologi canggih untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Malah kepelbagaian kini dikatakan sebagai tonggak penting mendapatkan pengalaman untuk pengajian tinggi. Ia bermaksud keupayaan menampung pembiayaan seumpama ini juga diperlukan sekiranya universiti berkenaan mahu menarik minat pelajar mendaftar untuk mengikuti programnya.
Pendek kata, pembiayaan akan jadi lebih meruncing, terutama apabila program pertukaran itu membabitkan negara maju dengan kos sara hidup yang lebih tinggi. Memandangkan semua ini ramai pakar pendidikan mengatakan bahawa untuk menguruskan sesebuah universiti bukan semudah dijangka. Malah ada yang menganggap bahawa universiti adalah satu-satunya organisasi sukar untuk diurus.
Urus tadbir korporat atau perniagaan yang sering dikenakan kepada universiti rata-rata tidak sesuai jika diambil kira pandangan alam sesebuah universiti sebagai satu institusi yang mementingkan kemakmuran negara dan masyarakat mendahului kepentingan lain.Dalam hal ini, universiti mempunyai aspirasi tinggi sebagai institusi yang pasrah mencari kebenaran bersumberkan ilmu pengetahuan, sambil warganya berazam mempertahankan kebenaran sepenuh jiwa raga sebagai ilmuwan.
Pertimbangan seumpama inilah yang membuatkan universiti itu begitu sukar diurus tanpa berkompromi dengan soal pokok yang mutlak bagi perkembangan ilmu. Ini menjadi semakin rumit jika kefahaman pendidikan diselewengkan pula oleh pihak lain sebagai satu komoditi yang boleh diperdagangkan untuk menampung perjalanan universiti berkenaan, sekali gus menggadaikan apa itu ‘kebenaran’ serta nilai yang berkaitan dengannya.
Umumnya universiti yang cenderung kepada mencari keuntungan mendahului soal kebenaran sudah hilang sifat dan fungsinya sebagai sebuah universiti yang hakiki.

Thursday, June 21, 2012
Ketepi sempadan kerja
Pendekatan batas bidang kuasa jejas aspirasi rakyat: PM - Berita Harian Online 22.6.2012
PUTRAJAYA: Pecahkan tembok antara kementerian serta agensi serta jangan terlalu taksub menjaga sempadan kerja masing-masing, kata Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri juga menekankan mengenai keperluan memahami kumpulan sasar dan jangan hanya melihat sesuatu kes sebagai gambar atau angka kerana di sebaliknya ada individu yang perlu dibantu. “Atas kertas, kita lihat orang ini ada anak bekerja, ada pendapatan, ada rumah dan tidak perlu bantuan tetapi hakikat anaknya kini cuba mengusirnya dari rumah tidak diketahui jika tidak turun padang. Orang seperti ini harus kita pertimbangkan untuk bantuan kerana dia terdesak berikutan perbuatan anak sendiri. Pegawai kebajikan mesti faham aspek ini,” katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan memerlukan model ekonomi mapan untuk terus berkembang dengan hasil negara meningkat, sekali gus menambah sumber kewangan yang boleh diagih pada sektor sosial. Katanya, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu pendekatan lebih kreatif dan inovatif untuk mencari sumber tambahan daripada pihak lain seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi melaksanakan lebih banyak program kebajikan rakyat.
Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan pemantapan kerja kakitangan ILP Labuan.
Monday, May 28, 2012
Belajarlah dari sejarah demi masa depan
Utusan Online - 27.5.2012
SEJARAH bukan benda mati. Malah sejarah tidak pernah mati. Tapi sejarah adalah cermin untuk menoleh masa lampau bagi menyuluh masa depan. Sebab itulah orang tua-tua selalu berpesan, belajarlah dari sejarah.
Kalau yang buruk janganlah diulangi, yang baik teruslah ditambah baiknya.
Kalau menoleh sejarah awal industri filem di Singapura, Melayu hanya di depan kamera dan sedikit sahaja di belakang kamera. Orang Melayu dipancar kemilau bintang, tapi kemilau itu tak lama. Sedikit demi sedikit ia malap dan terus padam. Yang mengaut untung dari kemilau orang Melayu di Singapura dulu adalah kapitalis Cina dari Hong Kong iaitu Run Run Shaw dan adiknya. Kemudian mereka membuka industri filem Melayu berpusat di Jalan Ampas, Singapura.Shaw membawa pengarah filem dari India untuk mengarah filem Melayu. Mereka mengambil pelakon bangsawan dan cerita bangsawan untuk mengalih minat orang Melayu kepada filem, yang amat asing ketika itu. Filem ternyata berjaya dan membunuh teater tradisi bangsawan.
Kini Shaw sudah tiada. Tapi harta yang ditinggalkan sebahagiannya disumbangkan dari penerbitan filem di Singapura kepada cucu cicitnya. Mereka hidup mewah kerana kekayaan Shaw tak habis makan tujuh keturunan. Tapi bagaimana pula orang Melayu yang dulunya penuh kemilau di depan kamera? Mereka menyumbang kekayaan kepada kapitalis Cina ini akhirnya hidup dihimpit kesusahan.
Orang Melayu dipergunakan secara terhormat. Mereka didodoikan dengan populariti yang sementara. Tapi kapitalis Cina mengaut keuntungan sepanjang zaman. Sekarang ini kalau kita hendak menonton filem-filem Jalan Ampas, kena bayar berjuta-juta ringgit kepada pemilik hak ciptanya. Padahal itu filem kita.
Siti selalu membayangkan, kalaulah ketika itu orang Melayu tidak mahu berkerja dengan kapitalis Hong Kong itu, apakah mereka boleh terus mengaut kekayaan dari negara ini?
Apabila membaca penderitaan beberapa bintang popular zaman Jalan Ampas pada usia tuanya, kita kena mengambil iktibar daripada sejarah ini.
Bukan menyalahkan generasi pertama seniman filem kita itu. Tapi renungilah sejarah dan usah mengulangi sejarah itu pada masa ini. Kalau di Singapura dulu, orang Cina buat filem Melayu dan bawa balik kekayaan ke negara mereka. Sekarang janganlah biarkan orang lain kaut kekayaan hasil filem Melayu. Tak usahlah tolong membodohkan Melayu dalam filem Melayu. Kemudian hasilnya memberi untung kepada orang lain, bukan orang Melayu. Siti fikir adalah tidak bermoral mereka yang bersekongkol memberi wajah buruk dan hodoh kepada orang Melayu. Siti fahamlah, kita semua ini kena berkerja untuk menyara keluarga. Tapi taklah sampai sanggup memburuk dan menghodohkan bangsa sendiri. Hasilnya pula tak sebanyak mana.
Kalau orang Melayu hodoh perangainya dalam filem Melayu, bukan tauke filem yang salah.
Orang Melayu yang terlibat dalam filem Melayu itu yang salah. Mereka langsung tidak ada patriotik padahal kuasa di tangan mereka. Kalau mereka tidak mahu berlakon atau mengarah filem yang membodohkan Melayu, tauke tidak boleh buat apa-apa. Ini mereka yang lebih-lebih membodohkan Melayu dengan upah yang tidak sepadan. Orang Melayu yang terlibat dalam filem begini segeralah insaf. Memanglah sekarang ini boleh hidup kaya raya, dapat bonus kereta mewah dan banglo mewah. Tapi itu sahajakah matlamat mereka? Fikirlah sama tentang bangsa Melayu ini.
Nota: Artikel ini telah diedit untuk tujuan pembelajaran dan sebaran umum di ILP Labuan sahaja.

Friday, May 18, 2012
Kedudukan bahasa Melayu di sektor awam.
Oleh Azman Anuar - Utusan Online 18.5.12
SEKARANG, walaupun ramai orang besar kata mereka sentiasa mendaulatkan bahasa Melayu tetapi hakikatnya tidaklah sedemikian. Dalam bab memartabatkan bahasa rasmi negara ini, ia masih meragukan.Bukan sahaja ‘pembesar-pembesar’ dalam dunia korporat Melayu tidak mengutamakan pengiklanan dalam bahasa Melayu di media dan akhbar tempatan, malah program-program anjuran jabatan kerajaan pun ada dibuat dalam bahasa Inggeris.
Ada yang tanpa rasa malu mengetengahkan bahasa Inggeris pada program atau tayangan video/slide.
Sepatutnya sebagai jabatan kerajaan, mereka mengutamakan bahasa Melayu. Kalau pun program bersama bukan Melayu, semua pihak wajib tahu berbahasa Melayu.
Kalau pegawai tertinggi kerajaan tidak menghormati dan memartabatkan bahasa Melayu, janganlah kita terlampau mengharapkan syarikat bukan Melayu akan mematuhinya.
Saban tahun kita asyik membicarakan tentang bahasa kebangsaan yang semakin hilang tempatnya.
Jangan kita salahkan orang bawahan jika orang atasan terutama pemimpin kerajaan sendiri ‘malas’ untuk mengangkat bahasa ibundanya sendiri.Sebab itu masyarakat Cina dan India mempertahankan bermati-matian sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil daripada ditutup. Mereka tidak mahu perkembangan bahasa dan tulisan ibunda masing-masing terhapus sebagaimana sedang dialami oleh tulisan jawi yang menjadi warisan orang Melayu.
Kita asyik menafikan bahasa Melayu tidak diabaikan dalam segala urusan terutama sektor awam tetapi hakikatnya tanpa disedari bahasa itu menjadi ‘eksklusif’ hinggakan malu untuk dipertuturkan. Kadangkala dalam majlis rasmi kerajaan dan mesyuarat pun bahasa Inggeris yang dikumandangkan.
Bukan tetamu yang hadir tidak tahu bahasa Melayu, tetapi mulut mudah memantulkan bicara dalam bahasa Inggeris. Mengapa jadi begini? Mungkin kita harus terima hakikat, generasi berpendidikan aliran Inggeris masih ada dalam tampuk pimpinan kerajaan dan swasta. Jadi mereka masih kurang peka dan ‘terbiasa.’
Saf-saf kepimpinan ini akan bersara dalam beberapa tahun mendatang. Tempat mereka akan diambil pula oleh generasi aliran bahasa Melayu sepenuhnya. Entahlah, apakah saf kepimpinan aliran bahasa Melayu ini boleh diharapkan atau tidak untuk mengembalikan martabat penggunaan bahasa Melayu dalam segala urusan kerajaan.
Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran di ILP Labuan
Sunday, March 11, 2012
Angkat imej perkhidmatan awam
Utusan Online - 11.3.2012
noraini.razak@utusan.com.my
noraini.razak@utusan.com.my
SBPA memang sempat bermula. Perjalanan pelaksanaannya amat pantas. Akhir Januari lalu, kumpulan yang memilih SBPA telah pun dibayar gaji baru. Ketika Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membuat bantahan, sebahagian peruntukan kewangan telah pun berlegar kepada para penerimanya. Apabila SBPA dibatalkan, tentunya timbul persoalan perlukah ia dikembalikan. Penerima premier berjanji untuk memulangkan hak sementara itu. Khabarnya mereka sendiri terkejut melihat perubahan gaji yang amat ketara jumlahnya itu dan tidak keberatan mengembalikan kepada kerajaan lantaran memahami kedudukan kewangan negara.
Keterujaan lebih 1.4 juta kakitangan awam berkisar kepada soal imbuhan. SBPA disanggah kerana kenaikan gaji yang amat tidak setara sehingga mewujudkan senario dua darjat antara kumpulan sokongan dengan pengurusan terutamanya Jawatan Utama Sektor Awam dan Turus.
Tun Ahmad Sarji menekankan tentang kualiti penjawat awam yang menjadi penentu mutu perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Beliau bercakap soal ketegasan dan rasa hormat terhadap perkhidmatan awam yang perlu dipelihara. Sebolehnya jangan ada ruang untuk kegagalan, pada masa yang sama laluan terhadap penambahbaikan mesti sentiasa terbuka.
Perkhidmatan awam bukan semata-mata gaji dan imbuhan. Komitmen, cekap, ikhlas, jujur umpama warna pelangi yang saling melengkapi. Hilang satu warna bukan pelangi namanya. Jaluran pelangi tidak akan sempurna jika satu warna hilang atau tercicir. Begitu juga dalam perkhidmatan awam, apabila ciri-ciri yang menjadi darah daging penjawat awam tercicir maka tanggungjawab tidak akan dapat disempurnakan. Sebab itu apabila bercakap tentang perkhidmatan awam, bukan hanya soal gaji. Bukan berapa peratusan pelarasan, bukan juga siapa dan apa yang mereka peroleh semata-mata. Hakikatnya perkhidmatan awam yang ramai anggotanya amat eksklusif sehinggakan martabatnya perlu dipelihara. Jika ada rungutan atau aduan tentang kecacatan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam maka martabatnya jatuh.
Dalam erti kata lain perkhidmatan awam mesti bernafas seiring dengan arus kemajuan dan pembangunan. Kepesatan negara menuntut pemain-pemain di dalam perkhidmatan awam bergerak pantas, bersifat responsif, peka kepada tuntutan semasa, kreatif, inovatif dan pelbagai lagi. Pembaharuan demi pembaharuan menjadikan sektor awam hidup tanpa ada tarikh luputnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menekankan tentang peri penting penjawat awam beralih dari tradisi birokrasi. Memperkatakan tentang sektor awam maka istilah paling popular atau sinonim adalah birokrasi dan hierarki yang merimaskan.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi ada melahirkan rasa pelik tentang birokrasi keterlaluan - sekeping surat pekeliling akan turun naik dari ketua jabatan ke pengarah, ketua pengarah, ketua setiausaha yang kemudiannya turun semula mengikut carta aliran sebelum boleh dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.
Prosedur ketat dan lapisan hierarki yang keterlaluan melambatkan proses penyampaian maklumat sehingga tindakan segera tidak dapat dilaksanakan tentunya mematikan keberkesanan penyampaian awam.
Fleksibel
Untuk membolehkan malar segarnya sektor awam sebagaimana pihak korporat dan swasta maka tentunya segala amalan ketat mesti diubah menjadi lebih fleksibel supaya dapat memenuhi tuntutan yang sentiasa berubah terutamanya dalam keadaan di luar jangka. Contoh paling mudah kesesakan jalan raya luar biasa di bandar raya Kuala Lumpur kelmarin. Kejadian itu cukup untuk semua pihak mengukur sejauh mana cekap, responsif dan fleksibelnya perkhidmatan awam di negara ini yang mana kakitangannya baru saja menerima berita gembira 13 peratus pelarasan gaji. Sejauh mana kreatif serta inovatifnya jabatan terlibat dalam menangani kesesakan yang menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan. Perkhidmatan awam bukan sekadar melaksanakan kerja-kerja di pejabat. Biar pun perkhidmatan di kaunter awam diakui semakin meningkat namun dalam menangani keadaan di luar jangka yang melibatkan sektor awam, kelemahan masih ketara.
Perubahan sektor awam supaya lebih kreatif, responsif dan pelbagai lagi itu bertujuan mewujudkan sebuah jentera pentadbiran yang lebih kemas dengan saiz anggota yang sesuai. Jangan pula umpama tikus membaiki labu, apabila perubahan yang dibuat hanya mengisi ruang-ruang yang sebenarnya tidak diperlukan dan akhirnya menambah birokrasi dan hierarki. Dalam sektor awam menuju fleksibiliti, mereka kembali kepada tradisi yang akan membunuh kecekapan sektor awam itu sendiri. Seperkara lagi yang sering menimbulkan rajuk kakitangan awam apabila jawatan baru diwujudkan, yang mengisinya adalah orang luar. Kewujudan kategori premier dalam SBPA amat jelas menjurus ke situ apabila jawatan itu turut dibuka kepada orang luar seolah-olah menafikan kebolehan penjawat awam itu sendiri.
Ingatlah kepada piagam pelanggan yang menghiasi dinding-dinding di jabatan awam. Setiap sen yang diperoleh baik menerusi Sistem Saraan Baru, Sistem Saraan Malaysia mahu pun SBPA yang hanya sebulan usianya perlu berlandaskan mutu perkhidmatan kakitangan awam dalam menyampaikan perkhidmatan masing-masing.
Pembatalan SBPA perlu disusuli dengan penambahbaikan mindset penjawat awam sejajar dengan peranan sebenar sektor awam yang hakikatnya sangat penting jika mahu dibandingkan dengan sektor-sektor lain yang agak terhad fungsinya.
Paling penting setiap perubahan yang hendak diperkenalkan mesti benar-benar difahami dan menjalani proses perbincangan berterusan. Sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan terutama jika melibatkan keseluruhan penjawat awam maka beri penerangan dan buka ruang untuk maklum balas. Jangan nanti terjadi seperti mana pelaksanaan SBPA yang prosesnya berlangsung secara senyap dan sulit tetapi pantas sehingga akhirnya apabila tembelang pecah baunya tidak dapat ditahan. Tentunya ada yang tidak betul dalam perjalanan SBPA sehinggakan bantahan terhadap pelaksanaannya tidak dapat ditahan membawa kepada pembatalan Khamis lalu.
* Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan pengetahuan warga ILP Labuan.

Subscribe to:
Posts (Atom)