tag:blogger.com,1999:blog-29729003780125589772024-03-05T14:51:04.551-08:00KELAB KEBAJIKAN & SUKAN (KKS) ILP LABUANKelab Kebajikan dan Sukan ILP Labuan adalah kelab yang berdaftar di bawah ROS. Ia Merupakan Kelab yang menyokong kebajikan Kakitangan Institut Latihan Perindustrian Labuan.sudirmanhttp://www.blogger.com/profile/16957740864841912860noreply@blogger.comBlogger74125tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-17032162551794974942012-11-12T01:11:00.000-08:002012-11-12T01:11:03.096-08:00Membedah 'sakit hati', serangan lisanoleh DATUK DR. AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR- Yg Dipertua YADIM
Utusan Online - 9.11.2012

PATRICIA Evans yang menulis buku The Abusive Relationships (1978)
memberikan gambaran: "Jika engkau tidak sukakan seseorang, cara orang
itu mengangkat sendok pun akan membuatkan engkau tersinggung. Jika
engkau sukakan seseorang, piring yang dicampakkan ke pangkuan, engkau
tetap senyum dan tertawa."

Suasana sedemikian juga boleh berlaku dalam organisasi yang
melibatkan kumpulan manusia. Manusia berorganisasi kerana percaya dengan
melakukan kerja bersama-sama dalam kumpulan yang lebih besar, hasilnya
akan mewujudkan kekuatan yang lebih besar. Persoalan utama dalam menjayakan sesebuah matlamat yang ditetapkan,
akan membentuk budaya organisasi. Budaya organisasi ini lama kelamaan
memerlukan perubahan kerana manusia menjadi mudah bosan jika kebiasaan
bekerjanya tidak berubah, dan sebahagian besarnya pula melihat perubahan
itu sebagai masalah yang boleh mengganggu keselesaan. Apabila dua situasi tersebut muncul, ia akan menyebabkan berlakunya
konflik dalam organisasi. Kumpulan pekerja akan terbahagi kepada
sekurang-kurangnya tiga pihak - pihak yang menyokong kepada perubahan,
pihak yang menentang perubahan dan pihak yang menjadi pemerhati.
Pihak yang menentang perubahan akan mengeluarkan protes kerana
melihat pengurusan atasan sedang berusaha menentang mereka. Atas
kehendak itulah, pihak yang menentang mencari sebab dan fakta untuk
menjatuhkan mereka yang memimpin organisasi dengan pelbagai tuduhan,
seperti mengkhianati matlamat asal, salah guna kuasa, tidak melaksanakan
tanggungjawab dengan sempurna dan membina kekuatan menerusi kaedah
kronisme. Semasa sesebuah organisasi itu dibentuk, ia mempunyai kekuatan
semangat dan kesepaduan matlamat yang tinggi. Tetapi, apabila sebahagian
besar mereka yang berada dalam organisasi itu merasakan 'sudah biasa'
dan berpengalaman melaksanakan peranan tersebut, ia bertukar menjadi
sesuatu yang remeh, kurang penting dan hampir dilupakan. Organisasi
tersebut terus menjadi lemah dan penuh dengan liabiliti, orang yang
berada di dalamnya semakin ramai yang curi tulang dan jadi 'kayu mati.'

Mereka inilah kemudian akan bangkit menentang perubahan dan keputusan
yang dibuat oleh ketua sehingga berlaku tuduh menuduh. Seorang ketua
yang membuat sesuatu keputusan dianggap bercanggah dan keterlaluan, maka
kumpulan tersebut bersepakat untuk melancarkan konflik.

Pergeseran pendapat telah membawa kepada percubaan mencantas
kepimpinan kerana golongan yang menentang itulah merasakan dirinya
paling bijaksana dan mampu mempertahankan matlamat asal. Ketua yang
memimpin pula sudah lama berfikir, organisasi yang dipimpinnya
memerlukan perubahan, kerana business not as usual dan jika kekal dengan kaedah 'menunggu pelanggan', ia tidak lagi mampu meneruskan kedinamikannya.

Mereka yang menentang keputusan untuk berubah ini sebenarnya
mengalami konflik kepentingan kerana bercita-cita besar, mengambil alih
organisasi tersebut setelah merasakan kebolehan diri sudah mencukupi
untuk memimpin. Ia turut dibayangi oleh perasaan dan nafsu.

Syeikh Yahya ibn Hamzah al-Yamani (668-749H) dalam Kitab Tashfiyat al-Qulub min Darab al-Awzar wa al-Dzunub, tidak semua manusia mengetahui aib diri sendiri. Bagi memahami aib diri, manusia perlu mengenali ciri-ciri husn al-khuluq,
iaitu sempadan antara iman dan kemunafikan. Mereka yang beriman tidak
ragu-ragu dalam melaksanakan tanggungjawabnya, kecualilah dalam
perkara-perkara yang dikenali sebagai kemungkaran.

Islam meletakkan sempadan moral yang jelas, bahawa setiap manusia
yang paling baik kedudukannya ialah mereka yang sentiasa menjaga
akhlaknya. Rasullullah SAW memberikan gambaran bahawa seorang mukmin itu
ialah mereka "digembirakan dengan kebaikannya dan disedihkan dengan
keburukannya." Maksudnya, mewujudkan suasana atau persekitaran yang
harmoni menjadi tanggungjawab setiap mukmin manakala mencipta permusuhan
atau konflik ia adalah suatu tindakan yang tidak beretika. Konflik dalam organisasi terjadi kerana ada segelintir pekerja yang
melakukan keburukan berusaha menutupinya dengan cara mengalihkan
pandangan umum kepada kesalahan yang dilakukan oleh ketua. Mereka itulah
sebenarnya tidak mengetahui bahagian yang tercela dengan jelas, tetapi
lebih nampak keburukan orang lain walaupun apa yang dikatakan itu
hanyalah bayangan dan bukan kesahihan. Tujuannya adalah jelas, untuk menjatuhkan pemimpin yang diberikan
kuasa memimpin organisasi tersebut. Tentunya, sebaik sahaja diberikan
tanggungjawab memimpin, seorang ketua akan mengenali lebih dekat
siapakah sebenarnya pekerja yang boleh diharapkan, dan siapa pula
pekerja yang menjadi pembodek, penghasut ataupun bercita-cita besar.

Seorang ketua yang berkesan akan berusaha menyusun atur kedudukan.
Perubahan sedemikian dianggap oleh kumpulan pembodek sebagai satu
malapetaka, kerana kedudukannya tidak mendatangkan manfaat atau hasil
yang memuaskan dalam kemajuan organisasi. Orang inilah sebenarnya
merupakan golongan munafik dan sifat kemunafikan yang ada digunakan
untuk menghasut orang lain bagi memperkuatkan azamnya menyingkirkan
ketua yang sedang melaksanakan agenda perubahan.

Golongan yang cuba melakukan adu-domba atau penghasut itu sebenarnya
merupakan mereka yang terpesona dengan kelebihan material sehingga
merasakan diri sendirilah yang paling layak. Mereka sebenarnya tidak
sedar, Allah SWT pernah mengingatkan bahawa: Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan main-main..."Surah al-Ankabut: 64.

Golongan ini memang wujud di mana-mana, sama ada dalam pertubuhan
politik ataupun organisasi yang berkhidmat untuk rakyat. Dalam
pertubuhan politik, golongan inilah berusaha menonjolkan diri dengan
begitu hebat sehingga menampakkan dirinya sahaja yang paling layak dan
sepatutnya diberikan peluang untuk menjadi pemimpin. Jika dalam
organisasi, golongan inilah yang menjadi penentang utama jika
cita-citanya terhalang, agenda sulitnya berjaya dihidu.

Bila merasakan kedudukan tercabar, golongan inilah sebenarnya sanggup
melakukan apa sahaja, termasuk menghancurkan organisasi yang sekian
lama memberikan mereka kesempatan untuk membina harapan, mempraktikkan
gaya kepimpinan dan pengurusan dan peluang berinteraksi dengan lebih
luas. Mereka tidak melihat secara jujur dan ikhlas, kedudukan dalam
organisasi itu sebenarnya sebuah pengiktirafan dan amanah. Ia sanggup
pula mengkhianati pengiktirafan dan amanah, kerana hatinya belum merasa
puas kalau tidak berada di puncak.Orang seperti inilah yang selama-lamanya akan menjadi 'bom jangka'
yang boleh menghancurkan sesebuah organisasi. Orang seperti inilah yang
sanggup membakar kelambu kerana marahkan seekor pepijat. Bagi mereka,
pepijatlah yang akan merosakkan organisasi, walhal perosak sebenar ialah
mereka yang bersikap buruk, tidak bijaksana dalam menjaga soal hati dan
perasaan. Bertindak berdasarkan 'kata hati' dan kata hati yang sudah
dirasuk oleh bisikan syaitan.

Kerosakan jemaah atau sesebuah organisasi adalah berpunca daripada
tahap kebersihan hati mereka yang menganggotainya, kalau hatinya kotor,
maka organisasi itu akan berhadapan dengan suasana berkonflik dan
bermusuhan. Apabila hati berada dalam kesakitan, maka tindak balas akan
menjadi lebih besar sehingga organisasi itu boleh runtuh. Dalam keadaan
hati panas membara, yang menang jadi arang manakala yang kalah jadi abu. Kedua-duanya sebenarnya telah hancur, tidak lagi boleh kekal seperti
asalnya, kayu berguna dalam membina bangunan. Arang hanya sesuai menjadi
'bahan bakar', setelah bertukar menjadi arang, warnanya akan tetap
hitam selama-lamanya. Organisasi itu terus dilihat jijik dan
menjengkelkan, proses pemulihannya memakan kos yang besar, masa
pemulihan yang panjang dan yang lebih memeritkan ialah mendapat
kepercayaan semula daripada khalayak. Tepatlah seperti digambarkan, ketika semuanya boleh ketawa, semuanya
kelihatan cantik dan menawan. Apabila terjadinya sengketa, perkara yang
baik sekalipun sudah bertukar menjadi buruk, manusia tidak lagi rasional
membuat keputusan kerana terbelenggu oleh 'kata hati'.

Nota: artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan penagajaran untuk ILP Labuan sahaja.

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-17064822353635270442012-11-01T01:21:00.000-07:002012-11-01T01:21:33.136-07:00Perkukuh perkhidmatan awam melalui konsep "Agenda Pilihan"Berita Harian - 1.11.2011
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan awam negara boleh ditingkatkan dengan
memperkukuhkan konsep 'agenda pilihan' rakyat, iaitu menyediakan
perkhidmatan berlandaskan kehendak dan permintaan pelanggan, kata
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam era modernisasi penyampaian perkhidmatan awam,
isu mengenai keanjalan dalam memberikan perkhidmatan dan memberikan
pilihan kepada pelanggan atau rakyat adalah prasyarat utama dalam
menghayati pilihan dan aspirasi mereka.

"Kita tidak menyangkal bahawa satu lagi cara untuk memperkasakan
perkhidmatan awam ialah dengan memasukkan elemen pilihan ke dalam
perkhidmatan awam," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan
Perkhidmatan Awam ke-17 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), di
sini, hari ini.

Persidangan dua hari bertajuk "Masa Depan Perkhidmatan Awam: Peluang
dan Cabaran" itu dihadiri 350 penjawat awam, termasuk 20 dari luar
negara antaranya Singapura, Tanzania, India dan Filipina. - BERNAMA

1.4 juta kakitangan awam dijangka terima kenaikan sehingga 5 peratus.

Ayer
Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka
menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim
gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua
peringkat.

Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan
awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula
menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi
Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini
akan turut diambil kira.
“Proses
penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara
mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.
Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu
adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang
sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing. “Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik. “Jika
mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada
gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya. Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji
menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang
meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu. “Kita
perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa
yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana
memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya. “CUEPACS
menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat
mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya
berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,”
katanya.

Nota: artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan penyampaian maklumat bagi ILP Labuan sahaja Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-51753954827492948562012-10-18T00:41:00.000-07:002012-10-18T00:41:15.305-07:00Pembantu rumah asing lari, majikan yang banyak tanggung akibatnya.

Oleh DR. JESSICA ONG HAI LIAW - Utusan online 16/10/2012
LARI lagi, itulah perkataan yang sering diungkapkan oleh majikan di Malaysia
yang sudah bosan dan lali dengan perkara itu. Lari sehelai sepinggang pun
menyebabkan majikan rugi dengan wang pendahuluan dan apatah lagi ada pembantu
rumah asing turut membawa lari barang yang bernilai ribuan ringgit.

Manakan tidak majikan menjadi fobia, jika tiada jaminan oleh agen dan jika
ada jaminan sekalipun bagaimana mahu memastikan mereka tidak lari. Jika dikunci
pintu rumah dikatakan majikan kejam. Apabila diberi kunci rumah, lari pula.
Entah mana silapnya, majikan sering dipersalahkan jika pembantu rumah mereka
lari.

Ada cakap-cakap yang mengatakan jika mereka lari, apabila memohon bekerja
kali kedua maka gaji mereka akan lebih tinggi sebab sudah dikira majikan kedua.

Memang benar pembantu rumah perlu diberi layanan baik tetapi bagaimana jika
majikan yang baik dipijak kepala dan pembantu rumah hendak samakan tarafnya
dengan majikan manakala kalau ditegur dan tegas sikit dikatakan majikan garang.

Tuduhan ke atas
majikan sahaja sememangnya tidak adil. Majikan memberi gaji sehingga RM700 sebulan
dengan menanggung tempat tinggal dan segala keperluan tetapi masih dikatakan
kurang baik.

Mudahnya pembantu rumah asing lari, walaupun pasport dan permit dipegang
majikan tetapi mereka tetap berani lari . Alasan hendak mencari kebebasan.

Kesibukan kita pada hari ini memang memerlukan pembantu rumah jika suami
isteri bekerja. Tahun 2012, pembantu rumah asing Indonesia sukar dicari, dari Kemboja
dibekukan dan yang mudah dicari kini ialah pembantu rumah dari Filipina. Pembantu rumah dari Filipina memang mahal tetapi kurang kes lari manakala
dari negara Indonesia memang statistik kes larinya paling tinggi.

Segelintir pembantu rumah asing cenderung untuk mencari teman dan ada pula
yang ingin memiliki telefon bimbit sendiri. Mereka mahu ada peraturan sendiri di
rumah. Walaupun majikan mementingkan kebersihan menyuruh mereka memotong rambut
pendek, mereka membantah dan mendakwa mereka mengalami penderaan emosi. Bukankah niat sebenar mereka untuk mencari rezeki di sini dan kenapa mereka
tidak pernah bersyukur apabila diberi segalanya sehingga ada yang makan semeja
dengan majikan. Apabila ditunaikan segala permintaan maka akhirnya mereka lupa
diri dan mula dipengaruhi kawan-kawan dan terjebak dengan perkara-perkara
negatif.

Majikan mengeluh kerana sibuk dengan kerja di pejabat mengharapkan pembantu
rumah dapat meringankan tugas di rumah tetapi akhirnya mengundang banyak masalah
seperti lari. Duit pendahuluan hangus, kena repot polis dan prosedur memohon
pembantu rumah lagi.

Sesetengah pembantu rumah asing pula menyatakan mereka mendapat majikan yang
garang dan tidak pernah bertegur sapa dengan muka masam mencuka. Majikan
bukannya tegas sepanjang masa namun mereka perlu meletakkan jurang supaya
pembantu rumah menghormati mereka. Jika mereka mengalami masalah, maka majikan
akan prihatin tetapi janganlah pula pembantu rumah berbohong sehingga berani
menjunjung al-Quran tetapi akhirnya semua terbongkar dan hanya dusta belaka.

Kisah pembantu rumah asing ada facebook, kisah lari kerana cinta dan
kebebasan, lari kerana tidak mahu pulang setelah kontrak tamat dan banyak lagi
alasan sudah terlalu biasa kita dengar. Ada juga beberapa majikan memberi
peringatan supaya jangan membenarkan pembantu rumah pulang jika ingin menyambung
kontrak lagi kerana selepas pulang ke kampung mereka akan berubah kerana
terpengaruh.

Selepas pulang untuk tahun ketiga mereka akan mula demand, maklumlah dah ada
pengalaman. Jika demand gaji, kita faham tetapi ada yang demand
hendak buat dua kerja dan duduk di luar. Kalau benar mahu mencari rezeki yang
halal maka buatlah kerja dengan sebaiknya dan bersyukur dengan nikmati yang
diberi. Janganlah lari daripada tanggungjawab dan berbuat dosa pula.

Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran di ILP Labuan sahaja

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-58175716064505762262012-10-10T18:01:00.003-07:002012-10-10T18:01:30.528-07:00Majikan jangan memperlekeh isu jaga anak

Oleh Fauziah Arof - Utusan Online 10.10.12

BUKAN satu perkara luar biasa di negara ini apabila wanita
berpendidikan tinggi, sudah mendapat pekerjaan yang baik, alih-alih
terpaksa berhenti kerja untuk menumpukan perhatian sepenuhnya menjaga
anak-anak di rumah. Bukan saranan baharu kita dengar apabila Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, mengharapkan lebih
1,000 syarikat swasta akan mendirikan taska di premis masing-masing
dalam masa terdekat bagi menggalakkan golongan wanita yang bergelar ibu
menyertai pasaran kerja.

Keciciran kaum wanita berpendidikan tinggi ini daripada pasaran pekerjaan sememangnya amat dirasai. Kerajaan telah berbelanja besar untuk pendidikan
sehingga 68 peratus pelajar di universiti ialah wanita, tapi hanya 48
peratus sahaja wanita dalam pasaran kerja dan ini sudah tentunya
memberikan kerugian besar kepada negara.

Kajian (LPPKN)
mendapati masalah penjagaan anak-anak adalah punca utama wanita di
negara ini menamatkan kerjaya mereka lebih awal. Ini berlaku terutamanya di kalangan wanita berusia lingkungan 35
hingga 39 tahun iaitu sebanyak 71 peratus yang mana di peringkat umur
sebegini adalah kemuncak kerjaya bagi wanita dan pada masa sama
anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu.

Kemudahan taska akan membuka ruang kepada wanita
yang berpendidikan tinggi untuk terus berkerjaya, malah wanita yang
berpendidikan rendah dan sederhana turut menerima manfaatnya. Dalam mengharungi kos sara hidup yang tinggi terutamanya di
bandar-bandar, golongan isteri tidak kira tahap mana pendidikannya turut
membantu suami yang berpendapatan rendah atau gaji sekadar cukup makan
untuk mencari rezeki dan membina ekonomi keluarga yang lebih kukuh.

Tentunya soal penjagaan anak merupakan satu isu yang
cukup besar, yang sering diperlekehkan oleh
majikan apabila pekerjanya memberi alasan datang lewat kerana terpaksa
menguruskan hal-hal anak. Hendak membawa anak ke pejabat pada waktu-waktu genting kerana
pengasuh ada hal kecemasan, tentunya menimbulkan rasa tidak selesa diri
sendiri, anak dan juga pekerja-pekerja sekeliling, yang akan
menjeling-jeling sekiranya anak tersebut menangis atau nakal.

Untuk mencari pembantu rumah pula mendepani ragam pembantu rumah asing dan macam-macam hal, demand dan proses yang
perlu dilalui untuk mengambil mereka bekerja, akan memberi satu lagi
tekanan lain pula. Dalam pada itu, kes penderaan, kecederaan dan kematian bayi dan
kanak-kanak di pusat penjagaan dan jiran yang diberikan tanggungjawab
untuk menjaga anak-anak turut amat merisaukan ibu bapa untuk melepaskan
anak mereka dalam penjagaan orang lain ketika bekerja. Pasti kemudahan taska di tempat kerja terutamanya di sektor-sektor swasta banyak membantu dalam menangani masalah ini.

Dengan insentif yang diberikan oleh kerajaan menerusi peruntukan Bajet 2013 yang selari
dengan pelan pembangunan awal kanak-kanak jika kemudahan ini diwujudkan
di syarikat-syarikat swasta, sepatutnya tiada kekangan yang besar untuk
menyediakannya. Jika syarikat-syarikat besar terutamanya boleh dan mampu berbelanja
sakan untuk projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) setiap tahun,
membantu masyarakat susah di luar sana, mengapa tidak memperuntukkan kos
tertentu untuk membina kemudahan taska untuk kebajikan
pekerja-pekerjanya sendiri.

Bina ruang untuk beriadah untuk pekerja-pekerjanya,
ruang kafe yang besar dan ada pula syarikat besar yang boleh meletakkan
pusat rawatan kecemasan di premisnya, mengapa tidak boleh membina ruang
untuk taska. Kemudahan ini akan menyebabkan pekerja-pekerja
berasa tenang untuk bekerja kerana tidak perlu terkejar-kejar
menghantar dan mengambil anak di pusat penjagaan. Mereka boleh meluangkan masa dengan anak-anak yang
berada di depan mata pada waktu rehat dan mungkin juga akan mengurangkan
masa kepada pekerja-pekerja yang gemar berkunjung ke pusat-pusat beli
belah pada waktu makan tengah hari terutamanya pada waktu rehat yang
panjang, iaitu hari Jumaat. Dengan lebih terurus, mereka akan ada masa yang berkualiti
untuk anak-anak, dan pada masa yang sama mereka akan lebih fokus pada
kerja.

Jika majikan bimbang, pejabat akan `beroperasi seperti pusat jagaan
anak-anak pula, peraturan-peraturan tertentu boleh dibuat bagi
memastikan kemudahan itu tidak sama sekali menganggu perjalanan dan
urusan kerja. Pun begitu, dalam menyediakan pusat taska di tempat kerja, soal
keselamatan, tenaga penjaga, kemahiran, dan kepakaran perlu diberi
penekanan, agar tidak diadakan sekadar tangkap muat.

Ini penting, agar taska di pejabat-pejabat ini tidak membawa masalah
sama yang sering berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak lain atau
pengasuh yang beroperasi di rumah yang akhirnya memberikan tekanan yang
serupa kepada ibu yang bekerja.

Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan sebaran umum dan pembelajaran di ILP Labuan sahaja

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-75473333535092773072012-10-01T18:52:00.000-07:002012-10-01T18:52:01.193-07:00Petikan Teks Ucapan Bajet 2013 - Latihan & KemahiranOleh: YAB Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak - B. Harian Online, 28/92012

Bagi peruntukan pembangunan, sejumlah 30 bilion ringgit disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah 11.1 bilion ringgit diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, 4.6 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, 2 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.

FOKUS KEDUA: MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN

Berganjak kepada soal modal insan, yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif, program latihan akan dibentuk untuk mengasah kemahiran baru selaras dengan keperluan industri masa depan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju. Bagi tujuan ini, pada tahun 2013, sejumlah 3.7 bilion ringgit akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

Kerajaan telah melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia atau dikenali sebagai SL1M yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan soft-skills dan on-job-training di syarikat swasta melalui galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan oleh pihak syarikat. Galakan ini telah diberi mulai 1 Jun 2012 sehingga tahun 2016.

Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran. Langkah ini akan dapat memanfaatkan hampir 40 ribu pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 5. Kerajaan juga memperuntukkan 366 juta ringgit bagi menaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara.

Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Selaras dengan itu, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional.

Nota: Artikel ini diedit bagi tujuan pendidikan dan maklumat untuk kakitangan/pelajar ILP Labuan sahaja

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-28230278606446117462012-09-19T19:13:00.000-07:002012-09-19T19:13:31.274-07:00Bajet pantau kewangan peribadiOleh ROHAMI SHAFIE - Utusan Online 20.9.2012

SETIAP tahun pada
September atau Oktober, ramai yang tertunggu-tunggu
apakah intipati bajet tahunan negara. Semua golongan menaruh harapan yang tinggi agar mereka juga
memperoleh manfaat daripada pengumuman Bajet 2013 nanti. Bajet secara amnya merupakan satu mekanisme untuk mengawal dan
memantau kewangan. Bajet digunakan bagi memastikan kewangan seseorang
sentiasa pada tahap mapan.

Mapan di sini bermaksud perbelanjaan tidak melebihi pendapatan.
Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan seseorang, maka individu
tersebut akan mengalami kekurangan wang. Dalam bahasa ekonomi ia dikenali sebagai defisit. Baik individu
mahupun negara, seboleh-bolehnya elakkan defisit kewangan. Defisit yang
tinggi akan menyebabkan hutang meningkat. Sebab itulah, perkara paling penting dalam melaksanakan bajet yang
telah disediakan adalah dengan memastikan kewangan individu tidak
mengalami defisit.

Bajet sebaik-baiknya digunakan untuk memantau aliran tunai individu.
Aliran tunai yang positif menandakan seseorang itu telah mengurus
kewangan peribadi secara berhemah, aliran tunai
yang negatif pula telah terperangkap dengan perbelanjaan yang keterlaluan
mengatasi pendapatannya. Bagi yang mengalami aliran tunai yang negatif, tindakan pembetulan
mestilah segera dibuat seperti mengurangkan perbelanjaan yang tidak
sepatutnya dan hanya menumpu pada perbelanjaan keperluan harian dan
bukannya perbelanjaan barangan kehendak. Ramai yang tersungkur sebaik sahaja
berakhirnya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Mereka ini
terpaksa mengekang perbelanjaan harian hanya kerana terlibat dengan
perbelanjaan besar semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau dikira dalam konteks pengurusan kewangan, mereka ini boleh dikatakan tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah. Seseorang yang mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah tidak
akan mengalami masalah kewangan pada setiap masa. Bajet cukup penting dalam
mengawal kewangan seseorang. Apa yang penting ia dilaksanakan
sebagaimana yang dibelanjawankan. Jangan sesekali berbelanja di luar
daripada apa yang dibelanjawankan. Pembaziran antara perkara yang wajib dielakkan. Pada dasarnya kerajaan berusaha untuk mengurangkan kadar defisit
pada tahap terendah iaitu pada kadar tiga peratus menjelang 2015.
Kerajaan turut sentiasa menyasarkan agar peratusan hutang negara
berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak melebihi 55 peratus.Lebih tinggi peratusan kadar hutang berbanding KDNK, lebih tinggi
kemungkinan sesebuah negara mengalami tekanan kewangan. Bagi individu, defisit yang tinggi akan menyebabkan
individu tersebut terpaksa berhutang dengan pelbagai pihak. Jika
berhutang dengan sanak saudara mahupun bank tidak mengapalah, yang
menjadi masalahnya berhutang dengan ah long yang mana kadar faedah yang
dikenakan amatlah tinggi.

Sekiranya terlibat dengan ah long, seseorang itu bukan sahaja akan dikejar oleh ah long
tetapi juga berkemungkinan besar kehilangan orang tersayang dan
rakan-rakan baik yang cuba melarikan diri daripadanya. Berbelanja sewenang-wenangnya mengikut nafsu akan menyusahkan ramai
pihak.

Penangan berhutang akibat tidak mahir mengurus kewangan peribadi
akhirnya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi orang lain. Konsep asas dalam pengurusan kewangan peribadi adalah
berbelanja mengikut kemampuan. Memang mudah untuk diucap tetapi tidak
mudah untuk mengamalkannya.

Hutang rumah merupakan perbelanjaan terbesar seseorang. Justeru, seseorang wajib merancang sebelum membeli rumah dengan
mengambil kira faktor kemampuan membayar balik pinjaman rumah selain
memastikan faktor-faktor lain seperti lokasi rumah tersebut. Pembelian rumah buat pertama kali adalah untuk
menetap di situ dan bukannya bertujuan untuk membuat pelaburan. Ketika
harga rumah yang semakin meningkat tinggi, faktor kos tidak boleh
dikesampingkan. Beli rumah yang selesa tetapi masih dalam lingkungan
kemampuan kewangan. Pembelian kereta juga perlu diambil kira. Amalan menukar kereta boleh menyebabkan kewangan peribadi seseorang berada
dalam keadaan tenat. Sedangkan kereta hanya digunakan untuk sampai ke
destinasi yang ingin dituju. Ambil kira juga bayaran ansuran bulanan kereta sahaja
kerana kos memiliki kereta termasuklah kos petrol, belanja
penyelenggaraan, cukai jalan, insurans malahan kos parkir juga perlu
diambil kira. Kesemua ini perlu dimasukkan dalam bajet individu bagi mengelak individu tersebut terjerumus ke dalam lembah kemuflisan.

Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran staff dan pelajar ILP Labuan

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-62298484193414611752012-09-12T20:25:00.000-07:002012-09-12T20:25:43.026-07:00Pengamalan dasar luar melalui RazakSat2Oleh Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM - Utusan Online 13.9.2012

PENGAMALAN dasar luar Malaysia semenjak 55 tahun yang lepas amat bergantung kepada keadaan geopolitik semasa sama ada dalam negeri atau luar negara. Apa yang nyata adalah setiap dasar yang dibentuk paling penting mengambil kira hak Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.

Asas arah tuju dasar luar negara juga amat diwarnai oleh kepimpinan tertinggi yakni siapa yang menjawat jawatan perdana menteri pada ketika itu. Perdana menteri pertama memimpin sebuah negara yang baru mengecapi erti merdeka dan pada masa yang sama berdepan dengan ancaman komunis, kepimpinan dasar luar banyak berkisar kepada masalah yang dihadapi ketika itu.

Kepimpinan perdana menteri seterusnya, kesemuanya mengamalkan pengamalan dasar luar yang agak berbeza mengikut peredaran masa dan kekuatan masing-masing. Dasar luar yang bebas dan tidak dicemari oleh pengaruh asing adalah kaedah terbaik untuk menentukan kepentingan negara sentiasa terjamin. Malaysia perlu mempunyai satu bentuk kekuatan sama ada dalam bidang ekonomi atau ketenteraan untuk menentukan semua pendirian negara dihormati oleh negara lain.

Contohnya, Washington berdaya mengamalkan dasar luar mengikut acuan mereka kerana kekuatan teknologi angkasa lepas yang dimiliki selain Britain dan Perancis ke atas Libya.Sebahagian besar bantuan tersebut banyak berkisar kepada teknologi angkasa lepas yang dimiliki oleh ketiga-tiga negara Barat tersebut. Modus operandi yang serupa juga sedang diamalkan untuk menggulingkan Syria. Malaysia tanpa banyak disedari oleh rakyat juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam teknologi angkasa lepas tetapi tidaklah setara apa yang dimiliki oleh kuasa besar yang lain. Namun, kekuatan negara dalam bidang tersebut adalah terbaik bukan sahaja di kalangan negara ASEAN malah merangkumi negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Aset teknologi angkasa lepas paling berharga yang dimiliki oleh Malaysia pada ketika ini ialah satelit remote sensing yang dinamakan RazakSat yang di lancarkan pada 14 Julai 2009 mempunyai kemampuan membezakan objek di bumi sekecil 2.5 meter. Tetapi ciri paling unik satelit RazakSat adalah orbitnya direncanakan khas untuk kawasan khatulistiwa yang memberi maksud bahawa kawasan tersebut mampu dilawati oleh satelit RazakSat di antara 4 hingga 6 kali sehari. Keistimewaan kekerapan lawatan yang begitu tinggi untuk kawasan Khatulistiwa hanya dimiliki oleh satelit RazakSat kerana kebanyakan beribu-ribu satelit remote sensing sedia ada dikhaskan untuk pencerapan kawasan kutub utara atau selatan sahaja.

Kehebatan ciri yang dimiliki oleh satelit RazakSat sepatutnya digunakan secara optimum untuk memperkasakan dasar luar Malaysia. Lebih tepat lagi kedaulatan wilayah Malaysia di Terumbu Ubi, Mantanani, Siput, Peninjau dan Pulau Layang-Layang di gugusan Kepulauan Spratly Laut China Selatan mampu diperkuatkan lagi dengan bantuan satelit RazakSat. China yang menuntut sebahagian besar wilayah maritim Laut China Selatan termasuk kelima-lima pulau milik Malaysia secara senyap-senyap telah menggunakan satelit mereka sebagai sumber maklumat risikan wilayah yang dipertikaikan.

China mempunyai tiga satelit khas untuk memantau kawasan maritim tetapi hanya mempunyai kemampuan yang terhad. Dua minggu lepas Beijing telah mengumumkan akan melancarkan lapan satelit tambahan yang memberi kuasa rangkuman bukan sahaja keseluruhan Laut China Selatan tetapi juga Laut China Timur.

Jika di Laut China Selatan, Beijing mempunyai masalah tuntutan bertindih begitu juga dengan Laut China Timur masalah serupa juga wujud diantara China dan Jepun. Sebab itu China sanggup berbelanja besar melancarkan satelit baru asalkan tuntutan mereka dapat diperkuatkan lagi. Sudah tiba masanya Malaysia mempergunakan segala kekuatan yang dimiliki oleh satelit RazakSat bukan sahaja untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Laut China Selatan milik negara tetapi juga mengambil kira kekuatan keseluruhan teknologi angkasa lepas yang dimiliki apabila merencanakan dasar luar Malaysia.

Jangka hayat satelit RazakSat dijangka akan tamat beberapa tahun lagi dan banyak pengajaran yang telah diperolehi dari pembangunan satelit tersebut. Sekali lagi Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB) telah diberi tanggung jawab untuk membangunkan satelit yang bakal dinamakan RazakSat2. Pembangunan RazakSat2 dijangka dilaksanakan seratus peratus oleh pakar jurutera dan saintis dalam negara kerana ATSB umpamanya telah pun memiliki kepakaran yang diperlukan.

Ciri-ciri yang bakal dimiliki oleh satelit RazakSat2 bukan sahaja perlu memenuhi keperluan saintifik tetapi boleh digunakan juga dalam pengamalan dasar luar kerana telah terbukti dasar luar yang disertai dengan kekuatan teknologi angkasa lepas besar kemungkinan akan berjaya dilaksanakan. Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-37202580343151135912012-09-10T00:03:00.001-07:002012-09-10T00:03:39.405-07:00Jangan simpan pekerja malasOleh YULPISMAN ASLI- Utusan Online 10.9.12

KOTA BHARU 9 Sept. - Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan agensi
dan jabatan kerajaan tidak 'menyimpan' penjawat awam yang dikatakan
berdepan dengan masalah suka ponteng kerja. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, dianggarkan terdapat antara
15,000 hingga 18,000 kakitangan awam berdepan masalah tersebut dan
mereka sukar dikenakan tindakan berdasarkan peraturan sedia ada. Menurutnya, walaupun jumlah mereka kecil berbanding sejumlah lebih
1.2 juta penjawat awam, tindakan pekerja terbabit yang datang bekerja
dan punch card tetapi bersikap 'sekejap ada, sekejap tidak ada' boleh mendatangkan masalah kepada majikan.

Justeru, katanya, tindakan perlu diambil terhadap pekerja terbabit
bagi memastikan sektor awam yang kini dalam proses transformasi dan
penambahbaikan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan
kepada rakyat. "Kita tidak mahu buang mereka secara drastik kerana nanti teraniaya
pula sebab mereka sudah mempunyai keluarga dan ada hutang. Jadi, kalau
boleh dipanggil, hantar kursus motivasi. Kalau tidak boleh juga,
dicadang suruh dia bersara awal.

"Jika degil dan tidak mahu juga serta melakukan kesalahan yang sama
sampai jabatan pun susah, elok dia dikenakan tindakan tatatertib,''
katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pembantu
Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan sambutan
Aidilfitri di sini hari ini.

Menurut Omar, semua pihak mahu penjawat awam yang efisien kerana
hanya dengan itu kehadiran mereka dapat dirasai dan diperlukan
lebih-lebih lagi tempoh perkhidmatan telah dilanjutkan sehingga usia 60
tahun.

"CUEPACS juga tidak mahu dituduh bersubahat dengan orang seperti itu," katanya. Beliau berkata, sikap dan masalah kakitangan tersebut sebenarnya
boleh diatasi dengan menghantar mereka berkursus, namun apa yang berlaku
ialah pihak majikan kerap bersikap tidak ambil kisah terhadap pekerja
terbabit.

Sehubungan itu, katanya, dalam 'roadshow' CUEPACS, pihaknya telah meminta jabatan dan agensi kerajaan supaya jangan menyimpan penjawat awam seperti itu.

* Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan maklumat umum kakitangan dan pelajar ILP Labuan sahajaIsmawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-26851692516652083232012-09-07T02:15:00.000-07:002012-09-07T02:15:31.859-07:00Lalui hidup tenang dengan 'memerdekakan diri' daripada hutang-piutangoleh DR. JESSICA ONG HAI LIAW - Utusan Online 6/9/2012

HUTANG adalah perkataan yang paling digeruni
apabila kita tidak mampu membayarnya. Bila menerima gaji, waktu itulah
yang paling ditunggu dan waktu itu juga duit akan keluar seperti air
untuk melunaskan segala hutang pinjaman. Sehingga tidak sempat untuk
dipegang lama gaji yang diterima, terus sahaja mengalir seperti aliran
air sungai yang deras.

Hal ini membuatkan kita merasa hidup ini seperti menjadi hamba untuk
membayar rumah dan kereta . Itu semua adalah senario yang dihadapi semua
orang terutama yang bekerja makan gaji. Hutang rumah, kereta, pembiayaan peribadi dan setiap orang ada alasan
masing-masing untuk berhutang. Apabila diminta untuk menjadi penjamin
saudara mara atau kawan, maka kita akan cuba mengelak. Bukan sebab tidak
mahu menolong tetapi menjadi penjamin akhirnya membuatkan kita secara
tidak langsung akan terlibat dengan hutang. Malah penjamin selalu
menjadi mangsa apabila saudara mara dan kawan yang dijamin tidak mampu
membayar, dan dengan mudah boleh menghilangkan diri lalu membuatkan
penjamin yang merana.

Sebanyak 25 peratus kes muflis
disebabkan beban hutang melibatkan pinjaman kereta, pinjaman peribadi
(13 peratus), pinjaman perumahan (12 peratus), pinjaman perniagaan (11
peratus) dan hutang kad kredit (5 peratus). Pengurusan hutang perlu
dilakukan secara bijak dan jika kita ada kelemahan itu maka jangan
gunakan kad kredit. Mengikut perkiraan awal, memang kita mampu membayar ansuran pinjaman
tetapi apabila berlakunya perkara yang tidak dijangka seperti dibuang
kerja, hubungan rumah tangga dan lain-lain, masalah akan mula timbul.
Akhirnya ia menyebabkan hidup kita menjadi huru-hara, ada yang
bercerai-berai, ada sehingga melibatkan Along diikuti dengan jenayah
yang mengorbankan nyawa. Fikiran akan berserabut jika kita tidak dapat
membayar hutang pada tarikh yang ditetapkan. Bank atau institusi
pinjaman akan menelefon tidak henti-henti. Walaupun begitu ada juga bank
yang mengambil pendekatan memahami dan memberi masa serta peluang untuk
pelanggan membuat cara pembayaran yang efisien.

Perbelanjaan yang berlebihan dengan adanya shopping online
yang sangat popular kini merupakan satu sindrom apabila kita dapat
membeli belah di hujung jari sahaja.
Barangan yang dihantar pula berkualiti maka itulah punca perasaan untuk
membeli membuak-buak.

Itu juga punca masalah apabila kad kredit yang digunakan untuk
membeli-belah akan menyebabkan kita lupa bajet bulanan. Jadi hilang
ingatan sekejap apabila melihat tawaran-tawaran hebat yang boleh
didapati dengan harga yang murah dari luar negara. Hutang kad kredit
sangat berbahaya tetapi penggunaan kad debit atau charge card lebih selamat jika dibandingkan dengan kad kredit.

Wujudnya andaian
bahawa sikap ketagihan menggunakan kad kredit dan berbelanja khususnya
kaum wanita dikatakan dapat menghilangkan tekanan. Membeli-belah menjadi
terapi untuk melegakan kekusutan dan memberi penghargaan kepada diri
sendiri namun terlalu leka boros akan menimbulkan masalah lain pula.

Statistik Harvard Business Review (HBR) menunjukkan mungkin tidak
tepat pada beberapa keadaan terutamanya apabila anda adalah seorang yang
menggalakkan perbelanjaan bijak dan membuat belanjawan. Kuantiti dalam
realiti kes ini, percaya atau tidak majoriti daripada orang (62%)
berbelanja atau membeli sesuatu ialah untuk memulihkan mood. Semua
keperluan sepatutnya dibeli secara tunai dan jika tidak mampu dia tidak akan
membelinya. Katanya, apabila sudah bersara dia inginkan ketenangan dan
tidak suka jika bank menelefon setiap bulan.Bercakap tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) pada
2009, seramai 78,000 peminjam disekat keluar negara kerana tidak
membayar hutang PTPTN. Soalnya, bukan berapa banyak hutang kepada PTPTN
tetapi soal prinsip dan moral; tentunya apabila kita meminjam maka
hutang perlu dibayar.

Peraturan asas pengurusan kewangan nampak mudah tetapi hakikatnya
sukar. Senang cerita, " besar periuk besarlah keraknya". Tidak kira
berapa gaji kita, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.
Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan besar pada tabungan.
Jadualkan perbelanjaan dan lunaskan hutang kad kredit, mencarum dalam
pelan persaraan, menabung, melabur dan tingkatkan caruman skim kemudahan
untuk pekerja dan kita semak liputan insurans.

Merdeka dari hutang membawa erti tersendiri untuk kita hidup dengan
lebih tenang. Janji kita tepati dengan ukur baju di badan
sendiri dan ingatkan diri sendiri dengan mengawal diri dan fikir apa
yang perlu dan tidak perlu untuk kita dalam berbelanja.

Belanja mengikut kemampuan dan kita tidak perlu rasa rendah diri jika
tiada kemampuan. Kita sebenarnya patut bangga kerana walaupun tidak
mampu memiliki barangan mewah namun kita tidak berhutang. Bukankah itu
lebih bermakna dan lena dibuai mimpi setiap malam? Berhutang ada banyak buruk daripada baiknya. Jika kita berhutang
untuk membeli aset seperti rumah dan kereta sebagai jaminan untuk masa
depan, itu ada baiknya. apa yang penting adalah menguruskan hutang
dengan bijak dan mengawal segalanya dengan baik sebab kitalah
penentunya. Beli mengikut kemampuan bukan dengan nafsu.

*Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran bagi Komuniti ILP Labuan. Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-8444533530141838842012-08-13T20:30:00.002-07:002012-08-13T20:30:24.702-07:00Apabila pendidikan jadi komoditi perdaganganOleh Dzulkifli Abd Razak - Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary dan bekas Naib Canselor USM (2000-2011) - B. Harian Online - 14.8.2012

Kebelakangan ini kita sering terbaca bagaimana sukarnya untuk
mengendalikan sesebuah universiti, khususnya yang bukan ditaja
Kementerian Pengajian Tinggi. Soal utama sudah tentu bersangkutan
dengan hal kewangan kerana secara lazimnya sesebuah universiti itu
adalah satu pelaburan yang besar dan hanya mendatangkan ‘pulangan’ dalam
masa yang agak lama.

Berbeza dengan perniagaan lain, umpamanya
dari aspek pembuatan, pendidikan (walau ingin dianggap sebagai
perniagaan) tidak dapat disamakan daripada kefahaman untung rugi bagi
sesebuah perniagaan.

Bayangkan saja selain daripada pelaburan untuk membangunkan
hal-ehwal akademik, universiti terpaksa juga melabur mengenai
pembangunan hal-ehwal pelajar termasuk prasarana seperti tempat rehat
mereka, jika tidak asrama, tempat beriadah dan bersukan, mahupun segala
peralatan yang sesuai kerana ini semua termasuk dalam pengertian
pendidikan sebenarnya.

Sekiranya aspek penyelidikan diambil kira untuk sebuah universiti
yang dianggap baik, ini akan menelan kos tambahan yang banyak. Hatta tanpa keupayaan menanggung pembiayaan secara berterusan kekangan
kewangan sudah tentu menjadi penghalang besar bukan saja untuk
mencemerlangkan sesebuah institusi itu tetapi baik setakat untuk
bernafas lega sekali pun.

Oleh sebab itu jugalah di merata dunia
kini, termasuk negara ekonomi kaya sekalipun, yuran pengajian anak
tempatan ditingkatkan berlipat kali ganda. Contoh yang jelas ialah apa
yang berlaku di Britain sejak kebelakangan ini apabila yuran dinaikkan
hampir tiga kali ganda mencecah £9,000.

Bezanya di Malaysia
adalah rata-rata yuran pengajian dikawal oleh kerajaan menerusi
kementerian dan tidak boleh ditingkatkan sewenang-wenangnya. Di Malaysia, yuran pengajian secara umumnya tidak dapat dijadikan sumber
utama pendapatan untuk tujuan menampung pembangunan universiti
keseluruhannya.

Perkara ini menjadi lebih rumit lagi sekiranya diambil kira
aspek autonomi yang memberi kebebasan kepada universiti untuk memimpin,
mengurus dan mentadbir mengikut matlamat dan falsafah masing-masing.

Universiti swasta, misalnya boleh menentukan kadar yuran sendiri kerana
daya pasaran mampu mendukungnya atau mengadakan pelbagai program
berbentuk komersial bagi tujuan menampung pembiayaan universiti
berkenaan. Itu belum lagi mengambil kira perubahan mendadak
yang berlaku kepada pengajian tinggi di seluruh dunia, termasuk
penggunaan teknologi canggih untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Malah kepelbagaian kini dikatakan sebagai tonggak penting mendapatkan
pengalaman untuk pengajian tinggi. Ia bermaksud keupayaan menampung
pembiayaan seumpama ini juga diperlukan sekiranya universiti berkenaan
mahu menarik minat pelajar mendaftar untuk mengikuti programnya.

Pendek kata, pembiayaan akan jadi lebih meruncing, terutama apabila
program pertukaran itu membabitkan negara maju dengan kos sara hidup
yang lebih tinggi. Memandangkan semua ini ramai pakar pendidikan
mengatakan bahawa untuk menguruskan sesebuah universiti bukan semudah
dijangka. Malah ada yang menganggap bahawa universiti adalah
satu-satunya organisasi sukar untuk diurus.

Urus tadbir
korporat atau perniagaan yang sering dikenakan kepada universiti
rata-rata tidak sesuai jika diambil kira pandangan alam sesebuah
universiti sebagai satu institusi yang mementingkan kemakmuran negara
dan masyarakat mendahului kepentingan lain.Dalam hal ini,
universiti mempunyai aspirasi tinggi sebagai institusi yang pasrah
mencari kebenaran bersumberkan ilmu pengetahuan, sambil warganya berazam
mempertahankan kebenaran sepenuh jiwa raga sebagai ilmuwan.

Pertimbangan seumpama inilah yang membuatkan universiti itu begitu sukar
diurus tanpa berkompromi dengan soal pokok yang mutlak bagi
perkembangan ilmu. Ini menjadi semakin rumit jika kefahaman pendidikan
diselewengkan pula oleh pihak lain sebagai satu komoditi yang boleh
diperdagangkan untuk menampung perjalanan universiti berkenaan, sekali
gus menggadaikan apa itu ‘kebenaran’ serta nilai yang berkaitan
dengannya.

Umumnya universiti yang cenderung kepada mencari
keuntungan mendahului soal kebenaran sudah hilang sifat dan fungsinya
sebagai sebuah universiti yang hakiki.

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-10278147312249248912010-12-19T20:02:00.000-08:002012-06-21T20:29:39.428-07:00Sebahagian lepasan IPT tiada kemahiran komunikasiIsmawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-86713132959844575672012-06-21T20:25:00.001-07:002012-06-21T20:25:32.518-07:00Ketepi sempadan kerja

Pendekatan batas bidang kuasa jejas aspirasi rakyat: PM - Berita Harian Online 22.6.2012

PUTRAJAYA: Pecahkan tembok antara kementerian serta agensi serta jangan
terlalu taksub menjaga sempadan kerja masing-masing, kata Datuk Seri
Najib Razak.

Menurut Perdana Menteri, pendekatan membataskan bidang kuasa tidak
boleh diguna pakai kerana rakyat mahukan penyelesaian inovatif dan
kreatif.

“Aspirasi rakyat tidak dapat dipenuhi jika kementerian dan agensi
kerajaan bersikap terlalu ‘teritorial’ (taksub menjaga sempadan) selain
cenderung melindungi ‘turf’ (laman) sendiri. Kita menjaga bidang kuasa
masing-masing tetapi tidak memikirkan jika merentasi sempadan, kita
bukan saja boleh mencetuskan keputusan, malah hasil juga jauh lebih
tinggi. “Sebab itulah kita melancarkan Strategi Lautan Biru
Kebangsaan, di mana kita cuba pecahkan tembok antara kementerian dan
agensi. Banyak kejayaan dicapai dengan aplikasi kreatif dan inovatif
dalam setiap penyelesaian. “Apa pun dasar atau peraturan kita
buat, tidak boleh satu rumusan untuk semua masalah, sebaliknya mesti ada
pengecualian kepada realiti,” katanya semalam.

Perdana Menteri juga menekankan mengenai keperluan memahami kumpulan sasar dan jangan
hanya melihat sesuatu kes sebagai gambar atau angka kerana di sebaliknya
ada individu yang perlu dibantu.
“Atas kertas, kita lihat orang ini ada anak bekerja, ada pendapatan,
ada rumah dan tidak perlu bantuan tetapi hakikat anaknya kini cuba
mengusirnya dari rumah tidak diketahui jika tidak turun padang. Orang
seperti ini harus kita pertimbangkan untuk bantuan kerana dia terdesak
berikutan perbuatan anak sendiri. Pegawai kebajikan mesti faham aspek
ini,” katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata,
kerajaan memerlukan model ekonomi mapan untuk terus berkembang dengan
hasil negara meningkat, sekali gus menambah sumber kewangan yang boleh
diagih pada sektor sosial. Katanya, semua kementerian dan
agensi kerajaan perlu pendekatan lebih kreatif dan inovatif untuk
mencari sumber tambahan daripada pihak lain seperti pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dan swasta bagi melaksanakan lebih banyak program
kebajikan rakyat.

Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan pemantapan kerja kakitangan ILP Labuan.

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-52523472372131930012012-05-28T00:00:00.002-07:002012-05-28T00:00:32.047-07:00Belajarlah dari sejarah demi masa depanUtusan Online - 27.5.2012

SEJARAH bukan benda mati. Malah sejarah tidak pernah mati. Tapi
sejarah adalah cermin untuk menoleh masa lampau bagi menyuluh masa
depan. Sebab itulah orang tua-tua selalu berpesan, belajarlah dari
sejarah.

Kalau yang buruk janganlah diulangi, yang baik teruslah ditambah baiknya.

Kalau menoleh sejarah awal industri filem di Singapura, Melayu hanya
di depan kamera dan sedikit sahaja di belakang kamera. Orang Melayu
dipancar kemilau bintang, tapi kemilau itu tak lama. Sedikit demi
sedikit ia malap dan terus padam. Yang mengaut untung dari kemilau orang Melayu di Singapura dulu
adalah kapitalis Cina dari Hong Kong iaitu Run Run Shaw dan
adiknya. Kemudian mereka
membuka industri filem Melayu berpusat di Jalan Ampas, Singapura.Shaw membawa pengarah filem dari India untuk mengarah filem Melayu.
Mereka mengambil pelakon bangsawan dan cerita bangsawan untuk mengalih
minat orang Melayu kepada filem, yang amat asing ketika itu. Filem
ternyata berjaya dan membunuh teater tradisi bangsawan.

Kini Shaw sudah tiada. Tapi harta yang ditinggalkan sebahagiannya
disumbangkan dari penerbitan filem di Singapura kepada cucu cicitnya.
Mereka hidup mewah kerana kekayaan Shaw tak habis makan tujuh keturunan.
Tapi bagaimana pula orang Melayu yang dulunya penuh kemilau di depan
kamera? Mereka menyumbang kekayaan kepada kapitalis Cina ini akhirnya
hidup dihimpit kesusahan.

Orang Melayu dipergunakan secara terhormat. Mereka didodoikan dengan
populariti yang sementara. Tapi kapitalis Cina mengaut keuntungan
sepanjang zaman. Sekarang ini kalau kita hendak menonton filem-filem
Jalan Ampas, kena bayar berjuta-juta ringgit kepada pemilik hak
ciptanya. Padahal itu filem kita.

Siti selalu membayangkan, kalaulah ketika itu orang Melayu tidak mahu
berkerja dengan kapitalis Hong Kong itu, apakah mereka boleh terus
mengaut kekayaan dari negara ini?

Apabila membaca penderitaan beberapa
bintang popular zaman Jalan Ampas pada usia tuanya, kita kena
mengambil iktibar daripada sejarah ini.

Bukan menyalahkan generasi pertama seniman filem kita itu. Tapi
renungilah sejarah dan usah mengulangi sejarah itu pada masa ini. Kalau
di Singapura dulu, orang Cina buat filem Melayu dan bawa balik kekayaan
ke negara mereka. Sekarang janganlah biarkan orang lain kaut kekayaan
hasil filem Melayu. Tak usahlah tolong membodohkan Melayu dalam filem Melayu. Kemudian
hasilnya memberi untung kepada orang lain, bukan orang Melayu. Siti
fikir adalah tidak bermoral mereka yang bersekongkol memberi wajah buruk
dan hodoh kepada orang Melayu. Siti fahamlah, kita semua ini kena
berkerja untuk menyara keluarga. Tapi taklah sampai sanggup memburuk dan
menghodohkan bangsa sendiri. Hasilnya pula tak sebanyak mana.

Kalau orang Melayu hodoh perangainya dalam filem Melayu, bukan tauke
filem yang salah.

Orang Melayu yang terlibat dalam filem Melayu itu yang
salah. Mereka langsung tidak ada patriotik padahal kuasa di tangan
mereka. Kalau mereka tidak mahu berlakon atau mengarah filem yang
membodohkan Melayu, tauke tidak boleh buat apa-apa. Ini mereka yang
lebih-lebih membodohkan Melayu dengan upah yang tidak sepadan. Orang Melayu yang terlibat dalam filem begini segeralah insaf.
Memanglah sekarang ini boleh hidup kaya raya, dapat bonus kereta mewah
dan banglo mewah. Tapi itu sahajakah matlamat mereka? Fikirlah sama
tentang bangsa Melayu ini.

Nota: Artikel ini telah diedit untuk tujuan pembelajaran dan sebaran umum di ILP Labuan sahaja.Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-73637334738715408882012-05-18T01:04:00.000-07:002012-05-18T01:04:22.459-07:00

Kedudukan bahasa Melayu di sektor awam.

Oleh Azman Anuar - Utusan Online 18.5.12

SEKARANG, walaupun ramai orang besar kata mereka sentiasa
mendaulatkan bahasa Melayu tetapi hakikatnya tidaklah sedemikian. Dalam
bab memartabatkan bahasa rasmi negara ini, ia masih meragukan.

Bukan sahaja ‘pembesar-pembesar’ dalam dunia korporat Melayu tidak
mengutamakan pengiklanan dalam bahasa Melayu di media dan akhbar
tempatan, malah program-program anjuran jabatan kerajaan pun ada dibuat
dalam bahasa Inggeris.

Ada yang tanpa rasa malu mengetengahkan bahasa Inggeris pada
program atau tayangan video/slide.

Sepatutnya sebagai jabatan kerajaan, mereka mengutamakan bahasa
Melayu. Kalau pun program bersama bukan Melayu, semua pihak wajib tahu
berbahasa Melayu.

Kalau pegawai tertinggi kerajaan tidak menghormati dan memartabatkan
bahasa Melayu, janganlah kita terlampau mengharapkan syarikat bukan
Melayu akan mematuhinya.

Saban tahun kita asyik membicarakan tentang bahasa
kebangsaan yang semakin hilang tempatnya.

Jangan kita salahkan orang bawahan jika orang atasan terutama
pemimpin kerajaan sendiri ‘malas’ untuk mengangkat bahasa ibundanya
sendiri.Sebab itu masyarakat Cina dan India mempertahankan bermati-matian
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil daripada ditutup. Mereka tidak
mahu perkembangan bahasa dan tulisan ibunda masing-masing terhapus
sebagaimana sedang dialami oleh tulisan jawi yang menjadi warisan orang
Melayu.

Kita asyik menafikan bahasa Melayu tidak diabaikan dalam segala
urusan terutama sektor awam tetapi hakikatnya tanpa disedari bahasa itu
menjadi ‘eksklusif’ hinggakan malu untuk dipertuturkan. Kadangkala dalam
majlis rasmi kerajaan dan mesyuarat pun bahasa Inggeris yang
dikumandangkan.

Bukan tetamu yang hadir tidak tahu bahasa Melayu, tetapi mulut mudah
memantulkan bicara dalam bahasa Inggeris. Mengapa jadi begini? Mungkin
kita harus terima hakikat, generasi berpendidikan aliran Inggeris masih
ada dalam tampuk pimpinan kerajaan dan swasta. Jadi mereka masih kurang
peka dan ‘terbiasa.’

Saf-saf kepimpinan ini akan bersara dalam beberapa tahun mendatang.
Tempat mereka akan diambil pula oleh generasi aliran bahasa Melayu
sepenuhnya. Entahlah, apakah saf kepimpinan aliran bahasa Melayu ini
boleh diharapkan atau tidak untuk mengembalikan martabat penggunaan
bahasa Melayu dalam segala urusan kerajaan.

Nota: Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran di ILP LabuanIsmawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-36661198728671467932012-03-11T22:46:00.002-07:002012-03-11T22:53:53.526-07:00Angkat imej perkhidmatan awam
Utusan Online - 11.3.2012
noraini.razak@utusan.com.my

SBPA memang sempat bermula. Perjalanan pelaksanaannya amat pantas. Akhir Januari lalu, kumpulan yang memilih SBPA telah pun dibayar gaji baru. Ketika Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membuat bantahan, sebahagian peruntukan kewangan telah pun berlegar kepada para penerimanya. Apabila SBPA dibatalkan, tentunya timbul persoalan perlukah ia dikembalikan. Penerima premier berjanji untuk memulangkan hak sementara itu. Khabarnya mereka sendiri terkejut melihat perubahan gaji yang amat ketara jumlahnya itu dan tidak keberatan mengembalikan kepada kerajaan lantaran memahami kedudukan kewangan negara.

Keterujaan lebih 1.4 juta kakitangan awam berkisar kepada soal imbuhan. SBPA disanggah kerana kenaikan gaji yang amat tidak setara sehingga mewujudkan senario dua darjat antara kumpulan sokongan dengan pengurusan terutamanya Jawatan Utama Sektor Awam dan Turus.

Tun Ahmad Sarji menekankan tentang kualiti penjawat awam yang menjadi penentu mutu perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Beliau bercakap soal ketegasan dan rasa hormat terhadap perkhidmatan awam yang perlu dipelihara. Sebolehnya jangan ada ruang untuk kegagalan, pada masa yang sama laluan terhadap penambahbaikan mesti sentiasa terbuka.

Perkhidmatan awam bukan semata-mata gaji dan imbuhan. Komitmen, cekap, ikhlas, jujur umpama warna pelangi yang saling melengkapi. Hilang satu warna bukan pelangi namanya. Jaluran pelangi tidak akan sempurna jika satu warna hilang atau tercicir. Begitu juga dalam perkhidmatan awam, apabila ciri-ciri yang menjadi darah daging penjawat awam tercicir maka tanggungjawab tidak akan dapat disempurnakan. Sebab itu apabila bercakap tentang perkhidmatan awam, bukan hanya soal gaji. Bukan berapa peratusan pelarasan, bukan juga siapa dan apa yang mereka peroleh semata-mata. Hakikatnya perkhidmatan awam yang ramai anggotanya amat eksklusif sehinggakan martabatnya perlu dipelihara. Jika ada rungutan atau aduan tentang kecacatan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam maka martabatnya jatuh.

Dalam erti kata lain perkhidmatan awam mesti bernafas seiring dengan arus kemajuan dan pembangunan. Kepesatan negara menuntut pemain-pemain di dalam perkhidmatan awam bergerak pantas, bersifat responsif, peka kepada tuntutan semasa, kreatif, inovatif dan pelbagai lagi. Pembaharuan demi pembaharuan menjadikan sektor awam hidup tanpa ada tarikh luputnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menekankan tentang peri penting penjawat awam beralih dari tradisi birokrasi. Memperkatakan tentang sektor awam maka istilah paling popular atau sinonim adalah birokrasi dan hierarki yang merimaskan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi ada melahirkan rasa pelik tentang birokrasi keterlaluan - sekeping surat pekeliling akan turun naik dari ketua jabatan ke pengarah, ketua pengarah, ketua setiausaha yang kemudiannya turun semula mengikut carta aliran sebelum boleh dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.

Prosedur ketat dan lapisan hierarki yang keterlaluan melambatkan proses penyampaian maklumat sehingga tindakan segera tidak dapat dilaksanakan tentunya mematikan keberkesanan penyampaian awam.

Fleksibel

Untuk membolehkan malar segarnya sektor awam sebagaimana pihak korporat dan swasta maka tentunya segala amalan ketat mesti diubah menjadi lebih fleksibel supaya dapat memenuhi tuntutan yang sentiasa berubah terutamanya dalam keadaan di luar jangka. Contoh paling mudah kesesakan jalan raya luar biasa di bandar raya Kuala Lumpur kelmarin. Kejadian itu cukup untuk semua pihak mengukur sejauh mana cekap, responsif dan fleksibelnya perkhidmatan awam di negara ini yang mana kakitangannya baru saja menerima berita gembira 13 peratus pelarasan gaji. Sejauh mana kreatif serta inovatifnya jabatan terlibat dalam menangani kesesakan yang menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan. Perkhidmatan awam bukan sekadar melaksanakan kerja-kerja di pejabat. Biar pun perkhidmatan di kaunter awam diakui semakin meningkat namun dalam menangani keadaan di luar jangka yang melibatkan sektor awam, kelemahan masih ketara.

Perubahan sektor awam supaya lebih kreatif, responsif dan pelbagai lagi itu bertujuan mewujudkan sebuah jentera pentadbiran yang lebih kemas dengan saiz anggota yang sesuai. Jangan pula umpama tikus membaiki labu, apabila perubahan yang dibuat hanya mengisi ruang-ruang yang sebenarnya tidak diperlukan dan akhirnya menambah birokrasi dan hierarki. Dalam sektor awam menuju fleksibiliti, mereka kembali kepada tradisi yang akan membunuh kecekapan sektor awam itu sendiri. Seperkara lagi yang sering menimbulkan rajuk kakitangan awam apabila jawatan baru diwujudkan, yang mengisinya adalah orang luar. Kewujudan kategori premier dalam SBPA amat jelas menjurus ke situ apabila jawatan itu turut dibuka kepada orang luar seolah-olah menafikan kebolehan penjawat awam itu sendiri.

Ingatlah kepada piagam pelanggan yang menghiasi dinding-dinding di jabatan awam. Setiap sen yang diperoleh baik menerusi Sistem Saraan Baru, Sistem Saraan Malaysia mahu pun SBPA yang hanya sebulan usianya perlu berlandaskan mutu perkhidmatan kakitangan awam dalam menyampaikan perkhidmatan masing-masing.

Pembatalan SBPA perlu disusuli dengan penambahbaikan mindset penjawat awam sejajar dengan peranan sebenar sektor awam yang hakikatnya sangat penting jika mahu dibandingkan dengan sektor-sektor lain yang agak terhad fungsinya.

Paling penting setiap perubahan yang hendak diperkenalkan mesti benar-benar difahami dan menjalani proses perbincangan berterusan. Sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan terutama jika melibatkan keseluruhan penjawat awam maka beri penerangan dan buka ruang untuk maklum balas. Jangan nanti terjadi seperti mana pelaksanaan SBPA yang prosesnya berlangsung secara senyap dan sulit tetapi pantas sehingga akhirnya apabila tembelang pecah baunya tidak dapat ditahan. Tentunya ada yang tidak betul dalam perjalanan SBPA sehinggakan bantahan terhadap pelaksanaannya tidak dapat ditahan membawa kepada pembatalan Khamis lalu.

* Artikel ini telah diedit bagi tujuan pembelajaran dan pengetahuan warga ILP Labuan.

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-15401469796621902902012-02-07T20:01:00.000-08:002012-02-07T20:05:27.145-08:00Persediaan hadapi masyarakat tuaJaga kesihatan sejak muda agar nikmati kehidupan usia persaraan
Berita Harian - 8.2.2012

HARI ini jangka hayat seseorang lelaki Malaysia ialah 72 tahun atau mungkin lebih, manakala wanita pula lebih kurang 77 tahun atau lebih. Ini adalah satu pencapaian membanggakan berbanding 55 tahun lalu ketika zaman kemerdekaan yang mana purata jangka hayat lelaki hanya lebih kurang 56 tahun dan wanita 58 tahun.

Purata jangka hayat yang lebih panjang adalah antara petanda kemajuan negara, hasil daripada rawatan penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan lebih baik serta taraf hidup lebih tinggi. Di negara membangun seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, lebih ramai penduduk mencapai usia lanjut sedangkan bilangan bayi dilahirkan semakin berkurangan. Akibatnya, ada lebih ramai golongan tua dalam kalangan masyarakat atau apa yang dikenali sebagai masyarakat tua.

Fenomena masyarakat tua juga berlaku di negara sedang membangun seperti China, India dan Indonesia yang diramalkan akan memiliki jumlah penduduk tua terbesar di dunia. Laporan Banci Malaysia 2010 meramalkan bahawa kita mungkin menjadi masyarakat tua pada 2024, jika trend populasi semasa ini berterusan.

Sambil kita menikmati hasil kejayaan, kita tidak boleh mengabaikan kesan-kesan di sebaliknya. Usia lanjut biasanya sinonim dengan keuzuran seperti penyakit dan kurang upaya. Kebanyakan penyakit kronik dan keadaan degeneratif seperti penyakit kardiovaskular, serebrovaskular dan kanser mencapai tahap kemuncak dalam kalangan orang tua, terutama jika risikonya tidak dicegah pada usia muda.

Kebanyakan daripada kita boleh berharap menikmati kehidupan pasca persaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun. Namun pada kebiasaannya ini adalah tempoh pergolakan apabila kita cuba sesuaikan diri dengan hakikat kehilangan kedudukan atau peranan disandang sepanjang sebahagian besar zaman dewasa dulu.

Sebahagian besarnya zaman tua adalah tempoh ketidaktentuan yang dipenuhi pelbagai cabaran. Bagaimanapun, di sebalik cabaran itu, timbul beberapa peluang yang boleh dimanifestasikan pada fasa usia ini – ia adalah lembaran baru apabila kerjaya baru boleh diceburi, minat baru diterokai dan peluang yang tercicir sebelum ini boleh direbut semula.
Pun begitu, semua ini hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat kita mempunyai ‘jangka kesihatan’ yang lebih baik, di samping panjang umur. Kita tidak mahukan masyarakat tua dihimpit pelbagai masalah penyakit dan kurang upaya, sebaliknya kita mahukan sebuah masyarakat sihat, produktif dan aktif. Malah ini antara daya usaha utama Kementerian Kesihatan, iaitu ‘Kesihatan Sepanjang Hayat’.

Dr Philip Poi, seorang pakar geriatrik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya mengkategorikan masyarakat tua dalam dua kumpulan, iaitu tua yang muda dan tua yang tua. Generasi tua yang muda adalah mereka yang terus aktif dalam kalangan masyarakat dan di rumah. Generasi tua yang tua adalah mereka yang tidak dapat memberikan sumbangan lagi kepada masyarakat kerana keadaan yang semakin uzur atau keadaan mental yang merosot.

Jika sebahagian besar penduduk negara terdiri daripada tua yang tua, mereka bergantung kuat kepada tenaga kerja yang muda untuk sokongan dengan itu meningkatkan lagi beban terhadap sumber tenaga pekerja yang sememangnya terbatas sekarang.

Sistem rawatan penjagaan kesihatan mungkin tidak dapat menangani beban yang kian meningkat. Walaupun matlamat kita adalah untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang mampu ditanggung setiap warga negara, impak peningkatan bilangan pesara dalam kalangan penduduk negara yang bergantung pada sistem ini amat besar.

Keperluan rawatan kesihatan mereka lebih bertambah pada peringkat usia ini, kemungkinannya mereka mengalami pelbagai penyakit kronik dan degeneratif seperti yang disebutkan. Mereka perlukan ubat-ubatan, rawatan terapi dan sokongan untuk jangka masa panjang bagi kebanyakan penyakit ini.

Bagaimanapun, usia tua bukanlah malap semata-mata. Gambarannya mungkin jauh berbeza jika penduduk tua ini termasuk dalam kategori tua yang muda; minda dan tubuh badan seperti generasi muda – mereka mengamalkan gaya hidup sihat, amalan pemakanan yang baik dan menjaga kesihatan fizikal dan sentiasa mengekalkan kecerdasan mental.

Keadaan ini membolehkan mereka kekal aktif dan terus menyumbang kepada tenaga kerja serta masyarakat. Pengalaman mereka yang luas dan kebijaksanaan mereka boleh dikongsi bersama dengan generasi muda, menjadikan mereka aset berharga kepada masyarakat secara amnya.

Jelas sekali kunci utama memupuk populasi semakin tua yang sentiasa gembira, produktif dan seimbang adalah dengan menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Kesihatan yang baik bermula pada peringkat awal kehidupan seseorang supaya dia dapat mencegah timbulnya masalah obes, penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung, atau mengurangkan risiko komplikasi termasuk kematian.

Tanggungjawab ini bukan semata-mata terletak pada sistem rawatan penjagaan kesihatan, malah tugas setiap individu. Mulakannya sejak awal usia 20-an, supaya anda boleh menikmati kehidupan sepenuhnya apabila menjangkau usia persaraan.

Sektor pekerjaan juga boleh memainkan peranan penting sebagai persiapan kepada tenaga kerja untuk menghadapi kehidupan pasca-persaraan mereka dengan menawarkan jawatan secara separuh masa atau sukarela dan menyediakan program latihan untuk membekalkan kemahiran baru.

Dalam tempoh 12 tahun lagi kita akan memasuki 2024. Dengan perancangan yang baik dan teliti, kita boleh bersedia menghadapi peningkatan masyarakat semakin tua yang sihat, produktif, dihargai dan dihormati.

Penulis ialah Menteri Kesihatan
** Artikel ini telah diedit bagi tujuan sebaran umum dan pembelajaran di ILP Labuan.Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-76943647320283228072011-08-21T19:36:00.000-07:002011-08-21T19:41:19.055-07:00Graduan Melayu, bumiputera terima gaji permulaan terkecil
Utusan Online - 19.8.2011

SHAH ALAM 19 Ogos - Para graduan Melayu dan bumiputera merupakan golongan terbesar yang menerima gaji permulaan terkecil sebaik sahaja memasuki pasaran kerja iaitu antara RM501 sehingga RM2,000 ke atas berbanding kumpulan etnik lain.

Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mat Noor Nawi berkata, berdasarkan statistik 2009, sebanyak 24 peratus daripada golongan itu menerima gaji antara RM501 hingga RM1,000; RM1,001-RM1,500 (29 peratus); RM1,501-RM2,000 (24 peratus) dan hanya 19 peratus menerima gaji RM2,000 ke atas.

Berbeza dengan 70 peratus graduan berketurunan Cina yang mendapat gaji permulaan antara RM1,501 hingga RM2,00 ke atas; RM1,001-RM1,500 (21 peratus) dan lapan peratus daripada mereka menerima antara RM501 hingga RM1,000.

Bagi graduan berketurunan India pula katanya, sebanyak 14 peratus menerima gaji permulaan antara RM501 hingga RM1,000; RM1,001 hingga RM1,500 (29 peratus); RM1,501-RM2,000 (28 peratus) dan sebanyak 27 peratus daripada mereka menerima gaji melebihi RM2,000.

Sementara penyertaan bumiputera sebagai (ahli) lembaga pengarah di syarikat-syarikat besar adalah tinggi tetapi BUKAN sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Mat Noor memetik pelbagai dari kajian dan laporan bebas oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi Bloomberg, Bursa Malaysia dan penyiasatan pendapatan isi rumah 2009.

Bagi kategori pendapatan purata bulanan isi rumah mengikut aktiviti dan kumpulan etnik, masyarakat Melayu dan bumiputera yang bekerja sebagai majikan hanya memperoleh RM7,078 berbanding RM7,271 (India) dan RM8,559 yang diperolehi para majikan berketurunan Cina.

Untuk kategori pekerja sektor awam pula, kumpulan bumiputera memperoleh pendapatan bulanan purata sebanyak RM4,925; RM5,109 (India) dan RM6,288 bagi masyarakat Cina.

Bagi yang bekerja sendiri, masyarakat bumiputera memperoleh RM2,487 diikuti India menerima RM3,717 dan Cina sebanyak RM4,561.

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-20062413713558416612011-06-15T20:53:00.000-07:002011-06-15T20:55:57.510-07:00Skim gaji lebih munasabah ke arah negara berpendapatan tinggi
Utusan Malaysia - 16.6.2011

PENGUMUMAN Perdana Menteri mengenai pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja berpendapatan rendah sebelum akhir tahun ini, umpama bulan jatuh ke riba bagi golongan itu.

Bukan rahsia lagi yang isu gaji minimum ini telah diperjuangkan oleh kesatuan sekerja awam dan swasta di negara ini sejak sekian lama umpama pungguk merindukan bulan.

Beberapa siri rundingan, dialog dan pertemuan telah diatur di antara pihak kesatuan, wakil kerajaan dan majikan termasuk swasta untuk mencari titik persefahaman namun kerap kali tidak mencapai kata putus.

Antara alasan yang pernah diberikan majikan khususnya pihak industri yang banyak menggaji pekerja asing untuk menolaknya; sebaik sahaja dilaksanakan, tidak akan ada pengecualian maksudnya ia meliputi semua termasuk warga asing.

Tetapi wajarkah alasan itu menjadi kekangan untuk melaksanakan skim gaji 'yang munasabah dan berpatutan' untuk pekerja di negara ini?

Perlukah kita mengorbankan kebajikan pekerja tempatan semata-mata kerana enggan membayar jumlah gaji yang sepadan kepada pekerja asing?

Difahamkan ada kalangan pekerja yang pendapatan asasnya RM600 sebulan. Malah ada pengawal keselamatan yang dibayar serendah RM500 sebulan.

Bayangkan apa yang dapat dibeli dengan wang sebanyak itu, lagi-lagi jika tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur?

Dengan gaji sekecil itu, golongan pekerja ini terpaksa berkira-kira untuk membayar sewa rumah, duit minyak baik kereta atau motor, tol dan belanja dapur yang tentu sahaja besar bagi yang berkeluarga.

Itu belum dikira belanja sekolah anak, yuran termasuk duit beli ubat apabila sakit pening.

Cadangan gaji minimum sekitar RM900 sebulan yang diperjuangkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), rasanya cukup munasabah dan tidak membebankan kerajaan.

Walaupun kadarnya hanya akan diputuskan selepas Majlis Konsultasi Gaji Negara ditubuhkan, kita menaruh kepercayaan ia suatu jumlah yang melegakan.

Perkembangan terbaru ini mengesahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar mendengar keluhan rakyat bahkan membuktikan gagasan 'Rakyat Didahulukan' bukan sekadar slogan.

Ribuan maklum balas berhubung syor gaji minimum yang diterima Perdana Menteri dalam blog beliau www.1malaysia.com juga jelas tidak dibakulsampahkan.

Dalam perjalanan Malaysia menuju status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, nasib golongan pekerja ini nampaknya tidak diabaikan sebaliknya mereka dibawa sama untuk mencapai matlamat tersebut.

Kita percaya dengan pelaksanaan gaji minimum itu kelak, golongan pekerja yang mendapat manfaat daripadanya akan membalas budi dengan meningkatkan produktiviti masing-masing.

Kita mengandaikan dengan peningkatan pendapatan itu, mereka tidak perlu lagi bersusah payah membuat kerja sambilan sehingga menjejaskan tumpuan terhadap pekerjaan hakiki.

Dengan itu, barulah gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menjadi slogan yang lengkap!

Artikel ini telah diedit bagi tujuan pendidikan dan makluman warga ILP Labuan sahaja

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-28591934843992373322011-05-10T21:15:00.000-07:002011-05-10T21:19:33.061-07:00Jaga tenaga mahir tempatan
Oleh ROHAMI SHAFIE - Utusan Online 11.5.2011

TERDAPAT rakan-rakan penulis yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif bagi menarik cerdik pandai Malaysia pulang ke tanah air. Antaranya seorang rakan penulis yang bekerja sebagai akauntan di sebuah bank yang terkemuka di negara kita.

Beliau berasakan kerajaan terlalu memberi perhatian kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara sedangkan terdapat begitu ramai tenaga mahir tempatan bekerja di negara kita.

Bagi menarik minat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, kerajaan hanya mengenakan cukai pendapatan 15 peratus untuk tempoh lima tahun sedangkan tenaga mahir tempatan dikehendaki membayar 26 peratus daripada pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut beliau, ramai rakan-rakannya sudah ber ura-ura untuk berhijrah ke luar negara termasuklah ketuanya seyang hanya menunggu masa untuk bekerja di Australia. Melihat fenomena ini, dikhuatiri hasrat kerajaan mengumpul sejumlah tenaga mahir rakyat Malaysia untuk bekerja di negara sendiri akan terbantut.

Banyak isu yang perlu dikaji bagi membolehkan Malaysia dipenuhi oleh tenaga mahir. Bagi negara-negara maju, peratusan pekerja mahir berbanding keseluruhan pekerja adalah dalam lingkungan 80 peratus. Jumlah ini amatlah tinggi berbanding negara kita yang mana peratusan pekerja mahir amatlah kecil sekali.

Talent Corporation sebagai institusi yang dipertanggungjawabkan menarik pekerja mahir Malaysia yang bekerja di luar negara agar pulang bekerja di Malaysia seharusnya menyenaraikan apakah yang dikatakan sebagai pekerja mahir.

Bagi penulis tidak semua yang bekerja di luar negara berkemahiran tinggi. Kecualilah kemahiran dan kepakaran mereka tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pekerja mahir di Malaysia.

Ciri-ciri apakah yang akan digunakan oleh Talent Corporation agar dapat membawa pulang tenaga mahir yang benar-benar hebat dari luar negara?Jika tidak, lebih baik dana yang disediakan digunakan untuk memberi latihan kepada para pekerja mahir yang bekerja di Malaysia.

Sektor manakah yang sememangnya memerlukan pekerja berkemahiran tinggi? Ini juga perlu dikaji secara teliti agar sektor yang benar-benar memerlukan pekerja mahir mendapat bantuan yang sewajarnya selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Justeru, masalah brain drain ini memerlukan mekanisme terbaik agar hasrat negara meramaikan tenaga mahir yang bekerja di negara sendiri tercapai. Janganlah sampai terlalu memberi perhatian tenaga mahir yang bekerja di luar negara sehinggakan menyebabkan tenaga mahir sedia ada dalam negara dipinggirkan dan mereka yang berasakan diri terpinggir dan tidak dihargai merajuk membawa diri untuk bekerja di luar negara.

Artikel ini telah diedit bagi tujuan bacaan umum staff ILP Labuan.

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-59327908119486702642011-04-04T17:33:00.000-07:002011-04-04T17:38:07.568-07:00Rakyat Malaysia perlu jadi bangsa penciptaBerita Harian Online - 5.4.2011

PUTRAJAYA: Rakyat negara ini perlu berubah segera menjadi bangsa pencipta serta penambah nilai dan berhenti menggunakan inovasi ciptaan orang lain terutama bagi sesuatu yang mampu dihasilkan sendiri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya rakyat negara ini keluar dari kepompong zon selesa sebagai bangsa pengguna.Justeru, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan membuat penandaan aras dengan Jepun kerana negara itu terbukti hebat dalam aspek penciptaan baru membabitkan ilmu sains dan matematik.

“Daripada kaedah penandaan aras ini, kerajaan mendapati rakyat negara itu berfikir dalam bahasa ibunda untuk mencipta pelbagai teknologi inovasi baru,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mengambil serius usaha menterjemah bahan pembelajaran dan pengajaran dalam usaha memantapkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) menjelang pelaksanaannya pada 2012.

"Rakyat Malaysia kini rata-ratanya mampu bertutur dalam bahasa asing terutama bahasa Inggeris, namun kita juga harus menerima realiti bahawa masih ada lagi antara kita ini yang tidak mempunyai keupayaan sama," katanya. Penterjemahan buku sains dan matematik penting pada ketika dunia sedang menjulang ilmu sains dan matematik untuk setiap inovasi penyelesaian masalah kehidupan selaras dengan cabaran keenam Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan mampu memandang jauh ke depan.

Artikel ini telah diedit bagi tujuan rujukan dan pengetahuan masyarakat & warga ILP Labuan

Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-46439852353230953432011-04-04T17:21:00.000-07:002011-04-04T17:29:29.278-07:00Serap 4 elemen Lautan Biru: PMPenjawat awam disaran cari rumusan kreatif, tak berfikir konvensional atasi masalah - Berita Harian Online - 5.4.2011
Oleh Magendran Rajagopal

PUTRAJAYA: Penjawat awam disaran menerapkan empat elemen penting Strategi Lautan Biru iaitu, 'kurangkan, hapuskan, wujudkan dan menambah peluang' ketika melaksanakan tugas supaya pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam terus meningkat.
Kakitangan awam tidak sepatutnya hanya memerhatikan perancangan strategik negara selaku anggota pentadbiran saja, sebaliknya mesti berpaksikan kepada tafsiran objektif mengenai kehendak dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita anggap prinsip ini sebagai ‘empat suku atau quadrant’. Kalau nak dipercepatkan sistem penyampaian, kita kena masuk suku ‘kurangkan’, seperti dilakukan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Sidek Hassan).

“Suku ‘hapuskan’ pula diguna pakai apabila ada ketirisan atau kerugian...

“Menambah peluang pula bermakna kita memberi nilai tambah dalam pengurusan dan pentadbiran bagi meneroka peluang baru.

Strategi Lautan Biru turut menyokong agenda utama kerajaan melalui pelbagai pendekatan baru yang dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu mencari rumusan kreatif dan tidak lagi berfikir secara konvensional bagi menyelesaikan masalah.
Katanya, kerja tambahan tidak seharusnya bermakna perlu ada penambahan bajet atau jumlah kakitangan, sebaliknya strategi harus menjadi pedoman bagi mengurangkan tenaga kerja dengan menghapuskan apa yang tidak perlu, sekali gus mewujudkan peluang baru dan menambah bidang baru untuk diceburi.

Satu daripada tonggak utama pihak pentadbiran adalah berlandaskan kepada dasar bahawa kerajaan adalah untuk semua rakyat Malaysia dan penjawat awam mesti adil kepada segenap lapisan masyarakat.

Najib juga berkata, penjawat awam perlu mengenal pasti bidang yang diberi keutamaan oleh kerajaan dan menyesuaikannya dengan apa yang hendak dilakukan berdasarkan penilaian objektif terhadap persekitaran ekonomi dalaman, serantau serta global supaya strategi ekonomi negara pada masa depan menepati senario dalam dan luar negara.

Penilaian dari luar negara seperti Pengasas Bersama Kumpulan Transparency International (TI), Michael Hershman, mengesahkan pencapaian negara adalah hakikat, bukan sengaja diada-adakan.

“Pada penghujung 2009, kita mulakan proses perancangan strategik. Lantaran itu lahirlah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan disusuli dengan analisis mendalam kedudukan ekonomi negara dalam konteks hala tuju baru.

“Maka tercetuslah Model Baru Ekonomi (MBE) dengan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan 131 mengenai projek permulaan (EPP). Di samping itu, kita sudah kenal pasti apakah kekangan struktur yang boleh menjadi hambatan kepada kita memacu ke hadapan lebih pantas lagi,” katanya.

Nota: Artikel ini diedit bagi tujuan rujukan kesedaran masyarakat dan warga ILP LabuanIsmawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-53288953112245700962011-03-24T01:17:00.000-07:002011-03-24T01:23:03.628-07:00Ganjaran bukti kerajaan ikhlas hargai komitmen tinggi penjawat awam
Minda Pengarang Berita Harian - 24.3.2011

PENJAWAT awam adalah nadi kepada pentadbiran sesebuah kerajaan. Kakitangan awam pada setiap peringkat adalah pelaksana kepada pelbagai dasar yang dirangka kerajaan dan kepada mereka terletak keupayaan, keberkesanan dan kecekapan sesebuah sistem pemerintahan. Kejayaan atau kegagalan juga terletak kepada sejauh mana peringkat tertinggi penjawat awam memutuskan sesuatu dasar dan dapat pula dilaksanakan dengan jayanya pada peringkat pertengahan dan bawahan.
Penjawat awam membentuk satu kumpulan tenaga kerja yang besar dan di Malaysia saja, ia meliputi kira-kira 1.3 juta kakitangan. Oleh itu, bagi memastikan penjawat awam sentiasa cekap, pelbagai latihan dan kursus diberikan dari semasa ke semasa. Pada masa sama, kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan, ganjaran dan insentif tertentu kepada penjawat awam bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin. Antaranya ganjaran persaraan, skim perubatan dan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pinjaman perumahan serta pelbagai elaun dan insentif lain.
Ini semua bagi merangsang semangat, keupayaan dan kebijaksanaan penjawat awam dalam membantu kerajaan mengurus dan mentadbir negara. Justeru, kita melihat pengumuman kerajaan untuk menarik balik penangguhan bayaran sebahagian ganjaran berkaitan persaraan pilihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Februari tahun lalu adalah wajar dan tepat pada masa. Berikutan itu, penjawat awam yang memilih bersara pilihan akan menerima bayaran sekali gus atau 100 peratus.

Kita juga percaya ketika penangguhan itu dibuat, ramai juga yang kecewa kerana tidak dapat menikmati wang persaraan mereka sepenuhnya berikutan keputusan itu. Apapun kita yakin keputusan itu dibuat selepas kerajaan meneliti kedudukan kewangan negara dan pada masa sama kerajaan turut mengambil kira komitmen penjawat awam yang berjaya membantu memulihkan negara daripada kesan krisis ekonomi dunia. Kita percaya kerajaan akan mengumumkan banyak lagi berita gembira buat penjawat awam bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin, begitu juga dengan keluarga mereka yang turut memberi sumbangan secara tidak langsung terhadap kejayaan negara.
Berikutan itu, kerajaan juga bersetuju supaya semua penjawat awam yang mengambil skim KWSP yang bersara wajib atau bersara mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239, termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan secara percuma. Apapun, kita amat berharap penjawat awam sentiasa berusaha meningkatkan komitmen mereka untuk membantu kerajaan ketika senang mahupun susah.
Kita tidak mahu penjawat awam hanya dilihat pandai ‘meminta-minta’ seperti kenaikan gaji atau bonus dengan mengemukakan pelbagai alasan tetapi gagal menunjukkan pencapaian membanggakan. Kita juga tidak mahu penjawat awam terus kekal dengan cara kerja dan pemikiran lama. Kita mahu penjawat sanggup berubah sejajar Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang mahu meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan. Kita percaya jika mereka menunjukkan prestasi memberangsangkan sudah pasti akan ada ganjarannya.
Kita yakin kerajaan sedia mendengar masalah dihadapi penjawat awam dan sentiasa mencari jalan memperbaikinya terutama melaksana kaedah terbaik menilai prestasi mereka.

Artikel ini diedit bagi tujuan pembelajaran dan rujukan kakitangan ILP Labuan sahajaIsmawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-25709378137771832102011-03-18T22:20:00.000-07:002011-03-18T22:21:49.202-07:00Graduan tunggu kerjaya idaman
Sikap memilih, tuntut gaji, lokasi punca lepasan IPT sukar dapat pekerjaan

Berita Harian - 19.3.2011

KUALA LUMPUR: Sikap terlalu memilih pekerjaan, selain menjadikan alasan remeh seperti jarak pejabat jauh dan gaji tidak setimpal menjadi punca ramai graduan institusi pengajian tinggi (IPT) sukar mendapatkan pekerjaan.

Malah, ada golongan pencari kerja mendakwa, segelintir majikan mengamalkan sikap pilih kasih lalu menolak calon yang tidak memenuhi kriteria atau kemahuan mereka sebagai alasan tidak ditawarkan pekerjaan.Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-34346195038551852372011-01-13T16:30:00.001-08:002011-01-13T16:36:35.296-08:00Harga produk, perkhidmatan pengaruhi pendapatan rakyat
B. Harian Online - 14.1.2011
Oleh Tan Sri Adam Kadir

HAKIKAT rakyat berpendapatan tinggi adalah hal yang baik. Semua ingin pendapatan tinggi demi keselesaan hidup.

Bagaimanapun, mempunyai pendapatan tinggi bukanlah senang dari segi hakikat dan pengumpulannya. Pendapatan tinggi juga harus diukur pada kuasa beli. Jika pendapatan tinggi diatasi oleh kos hidup dalam erti kata rata-rata barang keperluan harian seperti makan minum, pakaian dan tempat berteduh, pengangkutan dan perubatan menjadi mahal, maka kenaikan pendapatan tidak begitu bererti.

Ini antara keperluan asas dalam kehidupan. Sebaliknya barang mewah, seperti rumah dan kereta mewah, jam tangan dan sebagainya, boleh dielak atau ditangguhkan.

Tiga negara berpendapatan tinggi menurut perkapita pendapatan kasar domestik atau dalam negara (GDP) ialah Singapura, Norway dan Amerika Syarikat (AS). Perkapita masing-masing AS$40,000 setahun atau RM125,000 setahun.

Di antara tiga negara itu, Singapura dan AS boleh berpuas hati kerana rata-rata harga produknya tidak meningkat sehingga menggugat peningkatan pendapatan rakyatnya, berbanding apa yang dialami rakyat Norway. Negara Scandinavia ini, terutama ibu kotanya, Oslo, adalah tempat termahal di dunia.

Rakyatnya hanya menikmati kelebihan pendapatan apabila mengembara di luar negara. Disebabkan dasar cukai pendapatan negara, pada umumnya rakyat hanya menikmati setengah Krone bagi setiap 1 Krone yang didapati ( 1 Krone ialah 60 sen). Setengah Krone lagi untuk cukai pendapatan.

Keadaan ini berlaku kerana rakyat Norway yang berpendapatan tinggi diharuskan menyumbang kepada tabungan pencen warga tua. Ini bererti pencen dinikmati pesara adalah tinggi, tidak jauh beza dengan gaji diperoleh sebelum mereka bersara.
Sejak 1970-an, Norway mendapat durian runtuh hasil minyak Laut Utara (North Sea) di utara Lautan Atlantik. Dengan hemah kepemimpinan negara yang prihatin, Kabinet dan Parlimen – dengan restu Rajanya– membuat keputusan tegas mengagihkan kekayaan negara itu secara adil sehingga boleh dikecapi mereka di strata paling rendah. Keputusan itu dijadikan peruntukan Perlembagaan yang ti-dak boleh diganggu-gugat sebarang pertukaran kerajaan.

Singapura bukanlah kota murah, tetapi pendapatan rakyatnya membawa pulangan nilai kerana kos hidupnya tidak mengatasi peningkatan pendapatan.

Negara paling bermanafaat ialah AS. Walaupun tidak pada keseluruhan, dalam banyak hal berkaitan makanan, perumahan, kenderaan dan tenaga elektrik, ia lebih murah berbanding Indonesia, Singapura, Thailand, Malaysia dan Filipina.

Negara kuasa besar itu, walaupun dibenci kerana dasar intervensinya di Iraq, Iran, Venezuela, dan beberapa negara di Afrika, Eropah Timur, Caribbean, Asia dan Arab, dasar dan amalan domestiknya adalah baik secara relatif.

AS dinyatakan sebagai perbandingan. Satu dolar AS boleh membeli lebih banyak produk daripada seringgit di Malaysia. Jika minyak berharga RM10 segelen di Malaysia, di AS segelen kurang 3 dolar.

Disebabkan rakyatnya berpendapatan tinggi, sedangkan kos rendah secara relatif, maka wang kocek yang berbaki boleh dibelanjakan kepada produk yang lebih luas. Justeru, banjaran perniagaan produk (perkhidmatan juga) lebih luas kerana peniaga terpengaruh dengan permintaan pembeli.

Lihat saja produk AS di pasar raya dan restoran makanan segera yang bercambah di Malaysia seperti McDonald, KFC dan Starbuck. Semuanya adalah unjuran pasaran domestik di AS sendiri. Jika pasaran domestik di sana tidak mampu menampung produk itu, tidak mungkin ia boleh berkembang ke seluruh dunia.

Memperkatakan pendapatan tinggi tidak menjadi genap jika tidak diperkatakan nilai mata wang. Sepatutnya pendapatan perkapita Malaysia yang diukur menurut nilai dolar AS adalah lebih tinggi daripada apa yang ditahapkan. Meskipun bunyinya mudah, nilai mata wang dunia yang diukur dengan harga Big Mac dan hamburger McDonald, seperti dipromosikan majalah mingguan Economist terbitan London, adalah sangat relevan.

Apa yang berlaku sejak 10 tahun dulu, taraan mata wang dunia yang pelbagai nilainya berbanding nilai dolar AS akhirnya bergerak ke arah nilai perbezaan harga burger itu dalam nilai dolar AS. Big Mac di Malaysia berharga RM6.70 sedangkan di AS harganya US$3.75. Harganya di AS itu sama dengan RM12 di Malaysia kini, pada kadar RM3.10 untuk AS$1.

Berdasarkan harga Big Mac itu, nilai ringgit sepatutnya lebih kurang RM1.08 dan bukan RM3.10 untuk AS$1. Oleh itu jika pendapatan perkapita kita RM40,000.00 setahun, ia bererti AS$22,200.00. Justeru untuk diklasifikasikan sebagai rakyat berpendapatan tinggi dengan perkapita AS$30,000.00 setahun bukanlah jangkauan jauh.

Yang penting ialah kenaikan pendapatan tidak diatasi kos produk dan perkhidmatan selain dibaham cukai pendapatan, demi menguat permintaan bagi melebarkan perniagaan produk dan perkhidmatan yang terus meluas.

Artikel ini diedit bagi tujuan sebaran umum dan pembelajaran ILP LabuanIsmawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972900378012558977.post-36181506555612738602011-01-09T21:54:00.000-08:002011-01-09T21:55:49.819-08:00Kecekapan pendidik bentuk generasi masa depanUtusan Online - 10.1.2011

ROSMAH Mansor menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh, Arab Saudi, semalam.

RIYADH 9 Jan. – Antara cabaran paling besar yang dihadapi guru dan pendidik masa kini ialah sama ada mereka memiliki kecekapan yang secukupnya dalam mempersiapkan dan membentuk generasi akan datang, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, profesion sebagai pendidik pada era globalisasi berdepan dengan cabaran yang lebih besar berbanding pada era sebelum ini.

“Berlalu sudah zaman di mana pelajar menjadi pendengar setia, tanpa banyak benda lain yang boleh menarik tumpuan mereka daripada memberi perhatian kepada guru dan buku.

“Hari ini, dengan revolusi yang dibawa oleh ICT (teknologi komunikasi maklumat), pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terkepung di dalam bilik darjah semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya bertajuk ‘Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akang Datang’ pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di sini hari ini.

Dalam ucaptama 30 minit itu, Rosmah yang juga pengerusi jawatankuasa kerja dasar Permata Negara berkata, kecekapan pada abad ke-21 menuntut guru memiliki kecekapan di luar batas bidang kandungan atau pengetahuan serta kemahiran mudah untuk membolehkan mereka memenuhi tuntutan kontemporari dan masa depan yang kompleks.

“Kecekapan ini termasuk berhubung pemikiran kritis dan penyelesaian masalah kreativiti dan inovasi, ketangkasan dan kebolehsesuaian, kepintaran dan keusahawanan, semangat ingin tahu dan imaginasi untuk meningkatkan keupayaan dalam urusan pembelajaran sepanjang hayat,” kata Rosmah.

Di samping itu, kata beliau, guru juga perlu memiliki pengetahuan dan kepakaran untuk membentuk pengalaman pembelajaran bersifat produktif serta mampu mengenal pasti gaya pemikiran dan pembelajaran pelajar.

Beliau berkata, oleh kerana dalam bidang pendidikan tidak wujud pendekatan yang mampu memenuhi keperluan semua kelompok pelajar, maka seseorang guru yang cekap perlu memahami dan mampu memenuhi keperluan pelbagai gaya pembelajaran pelajar.

Sesetengah pelajar mampu memahami pelajaran lebih cepat daripada pelajar lain, manakala pelajar istimewa pula mampu menyempurnakan silibus dalam masa separuh daripada tempoh biasa yang diperlukan.

“Oleh itu, guru perlu memiliki kepekaan tinggi tentang kadar penyerapan ilmu yang berbeza antara pelajar dan perlu memiliki kemampuan untuk mengendalikan kelas secara interaktif, menarik dan berkesan.

“Ini melibatkan penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran, termasuk peralatan teknologi komunikasi maklumat,” katanya.

Rosmah berkata, generasi hari esok perlu sedar tentang tentang isu kemasyarakatan yang bersifat global, faham tentang integrasi ekonomi, menghargai hubung kait dan keperluan pergantungan antara manusia, menghormati dan memelihara kepelbagaian budaya serta memahami tentang kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar.

“Persoalannya ialah sudahkah kita memupuk pengetahuan yang diperlukan itu dalam diri anak-anak kita untuk membolehkan mereka menjadi pemimpin dan warga yang baik serta bertanggungjawab untuk membentuk masa depan dunia?

“Adakah kita mendidik mereka supaya berusaha ke arah mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan teknologi serta memupuk dan membentuk masyarakat yang harmoni, yang mengambil kira kebajikan anggotanya?” tanya beliau.

Pendekatan pendidikan ini, kata beliau, memerlukan kefahaman lebih mendalam tentang masalah global dan mengutamakan cara beretika untuk memajukan, mengguna pakai dan mengamalkan teknologi serta komited terhadap tadbir urus yang betul dan amalan terbaik secara global, kata beliau.

“Untuk membentuk hari esok yang lebih baik, kita perlu memulakan langkah hari ini juga dan kita perlu memastikan anak-anak kita dipersiapkan sepenuhnya untuk menghadapi sebarang cabaran yang mungkin mereka hadapi.

“Oleh kerana para guru mempunyai peranan amat penting dalam aspek ini, kita perlu memantapkan kecekapan mereka agar mereka mampu memberi yang terbaik dalam apa jua perkara yang mereka lakukan,” katanya.

Persidangan itu dianjurkan Kementerian Pelajaran Arab Saudi di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah Bin Abdul Aziz, yang bertujuan mengeratkan gandingan antara kerajaan, pertubuhan awam dan sektor swasta untuk menyokong TQM dalam Pendidikan K-12. – BERNAMA
Ismawi Ismailhttp://www.blogger.com/profile/14134929983246535914noreply@blogger.com0